KUALA PILAH: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diharapkan sentiasa menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata kebanyakan negara seperti Jepun dan China turut melihat TVET sebagai sistem pendidikan utama, yang menawarkan peluang kerjaya yang luas pada masa akan datang terutama kepada golongan muda.
"Sekarang kita mahu lihat bahawa untuk masuk ke universiti, tidak semestinya ada kelulusan SPM dalam sistem sebab ada yang masuk ke Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi, yang tidak ambil peperiksaan atau keputusan teruk, boleh mohon TVET.
"Ramai pelabur dalam dan luar negara, mereka memerlukan jurutera dan ahli teknikal, di mana nak dapatkan tenaga kerja itu kalau bukan TVET, sebab itu kita wujudkan banyak institusi TVET seluruh negara, ia juga membuktikan melalui TVET juga boleh melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat doktor falsafah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Pilah, yang dihadiri lebih 700 perwakilan daripada 126 cawangan di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid berkata kadar lepasan TVET yang mendapat pekerjaan juga tinggi iaitu mencecah 94.5 peratus, manakala bakinya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk Sijil Kemahiran Malaysia 3, 4 dan 5 atau politeknik serta universiti.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata anak-anak Tahfiz juga ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke TVET supaya mereka juga mampu mendapat kerja dalam bidang teknikal atau kejuruteraan, di samping mengukuhkan lagi bidang agama.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 200 tempat daripada 5,125 kuota mengikuti kursus jangka pendek dan sederhana latihan TVET ke China, ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sembilan sekali gus memberi peluang kepada mereka.
"Kita akan kemukakan senarai nama ini bersama pelajar tempat lain yang telah saya tawarkan sebelum ini dan mereka akan dapat biasiswa dan tiket penerbangan ditanggung oleh MARA," katanya.
Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.
Tawaran itu adalah hasil jalinan kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group, melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Ahmad Zahid berkata, kebanyakan negara seperti Jepun dan China turut melihat TVET sebagai sistem pendidikan utama, yang menawarkan peluang kerjaya yang luas pada masa akan datang terutama kepada golongan muda. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Ke mana 'hilangnya' 10,000 calon SPM? Perlu ada laluan alternatif
Di sebalik ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, jelas wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyediakan laluan pendidikan alternatif.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.