KUALA LUMPUR: Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 anjuran Human Resource Development Corporation telah melepasi sasarannya dengan berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma setakat Khamis, hari keempat program tersebut.
Ketika mengumumkan perkara ini, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata kementerian pada mulanya menyasarkan 200,000 peserta dalam 25,000 kursus.
"Ini membuktikan rakyat Malaysia dahagakan latihan kemahiran dan latihan-latihan yang kita tawarkan dapat menarik penyertaan orang awam," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas menyertai sesi panel bertajuk 'Integrasi Strategik Perdagangan, Pengurusan Bakat dan Dasar Industri: Memacu Pertumbuhan Ekonomi Menerusi Pembangunan Modal Insan' bagi program 'Menteri-Menteri yang Memimpin: Mewujudkan Ekonomi Dipacu Bakat - Dasar dan Amalan Kerajaan'.
NTW 2024, yang bermula pada 24 Jun, akan berlangsung sehingga Ahad ini.
Pada sesi panel itu, Sim berkata kementerian bersama 12 kementerian lain yang mempunyai pegangan dalam sektor pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), akan menggandakan usaha untuk melahirkan tenaga kerja dengan kemahiran yang sesuai dan mencukupi bagi memastikan dasar ekonomi negara dapat dicapai.
Beliau berkata ini bertujuan untuk menangani cabaran kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dihadapi negara seperti jurutera pada masa negara mampu menjadi hab untuk pelabur asing dan tempatan melebarkan sayap operasi masing-masing dalam bidang teknologi tinggi.
Mengenai perkembangan berkaitan, Sim berkata Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara telah selesai menjalankan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2022 dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.
Kali terakhir kerajaan menyemak semula gaji minimum pada Mei 2022, menaikkan gaji bulanan minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500.
Kajian semula gaji minimum selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Sim menyampaikan ucapan pada Program Minggu Latihan Kebangsaan di di MITEC pada Khamis. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).