KUANTAN: Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada 5 hingga 7 Julai depan menawarkan 'pelbagai tarikan' termasuklah tawaran lebih 1,700 peluang pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Mohd Faidz Sanusi berkata pekerjaan itu ditawarkan daripada lebih 20 majikan sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan bersesuaian di bawah satu bumbung.
"Program MADANI Rakyat bertujuan menyebarluaskan promosi dasar, inisiatif kerajaan MADANI, meningkatkan pemahaman rakyat serta kesedaran umum mengenai hala tuju dan matlamat kerajaan, selain turut sama menyediakan peluang pekerjaan," katanya dalam temu bual di radio Nasional FM pada Selasa.
Selain itu, beliau berkata program ini yang merupakan anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui PACU dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang turut menyediakan lebih 180 perkhidmatan 'titik sentuh' rakyat.
Beliau berkata Program MADANI Rakyat Zon Timur ini yang merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan tidak hanya akan menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada kerajaan Persekutuan tetapi juga daripada ketiga-tiga negeri berkenaan di bawah satu bumbung.
"Ambil peluang hujung minggu bawa keluarga kerana bukan senang hendak dapatkan perkhidmatan kerajaan dalam satu tempat. Kadang-kadang hari bekerja, kita tidak cukup masa dan inilah waktunya kerana ia akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam," katanya.
Melengkapkan komitmen kerajaan prihatin kepada rakyat, Mohd Faidz berkata Jualan MADANI dengan potongan harga istimewa turut ditawarkan selain baja serta benih (sayur dan buah-buahan tertentu) diberikan secara percuma serta turut menjadi platform bagi yang berminat mempelajari teknik tanaman oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Selain itu, pelbagai pakej pelancongan dengan tawaran harga istimewa turut ditawarkan oleh ketiga-tiga negeri tersebut sepanjang program itu, begitu juga dengan pakej istimewa daripada syarikat telekomunikasi.
"Kita ada banyak lagi aktiviti yang fokus kepada kesejahteraan rakyat yang mana ada lebih kurang 30 acara di pentas utama. Kita juga ada Pocket Talks yang membincangkan isu semasa serta memberi ruang kepada pengunjung bukan sahaja untuk memahami situasi sebenar tetapi juga boleh mengemukakan cadangan serta kemusykilan kepada individu yang tepat, sinilah tempatnya," katanya.
Selain itu, program itu juga memberi tumpuan kepada agenda perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kecerdasan buatan (AI).
Mohd Faidz berkata KKDW dan kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari mula program sehingga tamat selain tandas, surau, kemudahan ruangan menyusu dan menukar lampin bayi.
Majlis perasmian Program MADANI Rakyat Zon Timur bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Julai dengan dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.
Selain usaha kerajaan membawa perkhidmatan terus kepada rakyat, program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Mohd Faidz berkata KKDW dan kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari mula program sehingga tamat selain tandas, surau, kemudahan ruangan menyusu dan menukar lampin bayi. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.

TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).