KUALA LUMPUR: Warga pendidik Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berpotensi, berpeluang menjalani latihan secara berfokus sama ada di dalam atau luar negara menerusi Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik MARA yang diumumkan hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata skim yang dilancarkan sempena Hari Anugerah Pendidik MARA 2024 itu memberi fokus terhadap pemerkasaan pedagogi, penguasaan kandungan pengajaran dan kepimpinan instruksional.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata MARA telah memutuskan untuk menghantar tenaga pendidik berkenaan ke lima negara yang memiliki kepakaran dalam bidang pendidikan iaitu Finland, Jepun, Jerman, China dan Amerika Syarikat (AS).
"Kursus yang dikenal pasti memfokuskan kepada bidang pedagogi atau pengajaran inovatif, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) serta kepimpinan pendidikan.
"(Justeru) kami telah mengenal pasti beberapa tenaga pengajar yang akan dihantar (ke luar negara) itu. Di samping itu 19 pendidik MARA juga telah dipilih untuk mengikuti pendidikan lanjutan dalam bidang TVET dan pelbagai bidang lain di China yang akan dihantar bermula bulan ini hingga September nanti," katanya pada sidang media sempena Hari Anugerah Pendidik MARA 2024 di sini, hari ini.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata skim yang menawarkan kursus jangka pendek dan panjang itu juga bagi memberi latihan kepada pendidik MARA untuk menjadi tenaga pengajar dalam 'Skim Training For Trainers' yang boleh mengajar pelajar serta warga pendidik lain.
Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti keberkesanan penghantaran kumpulan pendidik MARA yang pertama itu, dan lebih ramai dalam kalangan mereka yang akan dihantar selepas ini menggunakan dana dalaman MARA.
Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada tempat pengajian yang ditawarkan dan kerjasama daripada institusi pendidikan tinggi luar negara.
Hari Anugerah Pendidik MARA 2024 yang dianjurkan untuk menghargai jasa 9,839 pendidik itu merupakan inisiatif MARA dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian pendidiknya yang telah mencipta kecemerlangan untuk menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
Empat anugerah disampaikan iaitu Anugerah Pendidik Cemerlang MARA, Anugerah Institut Pendidikan MARA (IPMa) Terbaik, Anugerah Khas Pendidik MARA dan Anugerah Tokoh Pendidik MARA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
![Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720095237_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media selepas menghadiri Hari Anugerah Pendidik MARA bertemakan "Pendidik Murabbi, Pemangkin Masyarakat Madani" di Menara MARA hari ini. - Gambar Bernama
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739188040_TBdadah.jpg)
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu.
AWANI Ringkas: 9 kebakaran di Kupang dan Baling akibat khianat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731924516_TBFAREED.jpg)
Pelan Kemajuan Negeri Johor 2030 dilancar Mac ini - Exco
Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 pada Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
![Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738076575_TBZambryAbdulKadir.jpg)
Kerjasama institusi pengajian tinggi dengan industri, elak ketidaksepadanan dalam pasaran kerja
Kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan syarikat industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.
![TVET mampu atasi pengangguran belia TVET mampu atasi pengangguran belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738027459_TVETpengangguranb.jpg)
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
![Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737724237_AhmadZahidHamidi.jpg)
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
![Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736520266_KYouth.jpg)
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
![TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736413094_ZahidHamidi.jpg)
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
![Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736079641_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
![2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global 2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733954806_ZahidHamiditimbal.jpg)
2024: Kerajaan MADANI perkukuh ekonomi, infrastruktur luar bandar dan posisi di pentas global
Tahun 2024 menyaksikan Kerajaan MADANI berjaya memperkukuh infrastruktur luar bandar melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
![Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734529230_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia sasar capai kemajuan bersama menerusi kerjasama erat dengan China - TPM
Malaysia menyasarkan untuk mencapai kemajuan bersama melalui kerjasama erat dengan China yang memfokus kepada langkah menggalakkan pengagihan kekayaan saksama.