KUALA LUMPUR: Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai.
Beliau berkata penyertaan pemilik perniagaan muda akan membantu sektor pembuatan mencapai semula tahap sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara seperti sebelum ini iaitu hampir 30 peratus bertahun-tahun dahulu.
"Hari ini, paras sumbangan kita (sektor pembuatan) kepada KDNK adalah pada kira-kira 23 peratus hingga 24 peratus dan kami berharap dapat meningkatkannya kepada 30 peratus dengan daya pembaharuan anda," katanya pada persidangan ASEAN Manufacturing Youth Conference 2024 (AMYC 2024), di sini, hari ini.
Beliau berkata pemimpin muda hari ini merupakan pemangkin perubahan penting bagi industri pembuatan pada masa depan, kerana visi mereka akan memastikan daya tahan dan kesediaan sektor itu.
Soh juga berharap generasi baharu dapat menghasilkan idea inovatif untuk menjadikan industri pembuatan Malaysia kembali hebat.
Sementara itu beliau berkata terdapat salah anggap bahawa FMM adalah organisasi hanya untuk syarikat yang lebih besar dan mantap sedangkan hakikatnya perusahaan kecil dan sederhana merangkumi 75 peratus daripada keahlian FMM.
"Kami juga mempunyai ahli perusahaan mikro. Selain itu, kami mempunyai 195 syarikat perniagaan milik golongan muda (sebagai ahli setakat Jun 2024)," katanya sambil menambah ini adalah hasil daripada insentif baharu yang diperkenalkan FMM pada Januari 2023 untuk menarik golongan belia menyertai persatuan tersebut.
Soh turut menggesa pemilik perniagaan muda supaya berani dan bersedia untuk berinovasi dan mencipta nilai melalui kerjasama untuk menyokong pertumbuhan industri domestik dan kemudiannya membuat penyesuaian di tengah-tengah cabaran global.
Sementara itu, pada persidangan yang sama, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Kian Ming berkata tumpuan menangani cabaran kemampanan penting untuk mencetuskan minat generasi muda dalam sektor pembuatan.
Malaysia juga boleh membina jenama Asia Tenggara yang lebih kukuh melalui pemasaran strategik menerusi golongan muda kita yang celik media sosial, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Soh juga berharap generasi baharu dapat menghasilkan idea inovatif untuk menjadikan industri pembuatan Malaysia kembali hebat. - Gambar fail/Bernama
ADMM bincang usaha kukuh kerjasama, perpaduan ASEAN - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu antara perkara yang dibincangkan pada Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ialah usaha memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan perpaduan ASEAN serta kerjasama serantau dalam mendepani cabaran baharu keselamatan di rantau ini dan dunia.

Warner Bros Games tutup studio yang hasilkan Shadow of Mordor, F.E.A.R
Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System.

27 Proton e. MAS 27 disediakan sebagai pengangkutan rasmi Permukiman AEM
Kenderaan itu bertujuan membawa wakil-wakil utama Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ASEAN sepanjang mesyuarat berkenaan.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.
Korea Selatan catat peningkatan kelahiran selepas 9 tahun
Kadar kesuburan di Korea Selatan meningkat pada tahun 2024 buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun, didorong oleh lonjakan jumlah perkahwinan, menurut data awal yang dikeluarkan pada Rabu.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.

Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza
Malaysia akan menggerakkan usaha untuk membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.
Hamas umum penyelesaian isu pembebasan tahanan Palestin
Hamas mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai penyelesaian semasa lawatan ke Kaherah bagi menamatkan kelewatan pembebasan tahanan Palestin, menurut kenyataan kumpulan itu pada Selasa.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
SIBS 2025 sedia jadi pemangkin pelaburan dan perdagangan ASEAN
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025, yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dijangka memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab pelaburan serantau dan pintu masuk ke pasaran ASEAN.

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
PM yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan
ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh kedudukannya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik serta persaingan kuasa besar.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.