Kementerian Luar Negeri akan terus berusaha untuk merakyatkan dasar luar, bagi memahami soal-soal luar negara,
Majlis Rundingan Dasar Luar yang ditubuhkan merupakan satu usaha untuk lebih bersifat terbuka dalam membincangkan perihal yang dekat dengan rakyat.
Itu yang dijelaskan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah ketika diminta mengulas kejayaan kementerian itu selepas setahun di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.
“Kementerian luar negeri tubuhkan Majlis Perundingan Dasar Luar dan kami mencadangkan Parlimen tubuhkan jawatankuasa terpilih sebagai usaha merakyatkan dasar luar.
“Ramai yang beranggapan, dasar luar elit sifatnya. Terbang sana sini, hadiri mesyuarat besar tetapi apa yang mereka perlu fahami adalah dasar luar bermula di halaman sendiri.
“Ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk membincangkan dengan baik perkara-perkara yang sebelum ini dianggap tabu atau diluar kebiasaan,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Saifuddin turut menjelaskan kementeriannya komited untuk memastikan Malaysia terus menarik minat anggota negara-negara Asean dari segi perdagangan Asia.
“Malaysia mampu beri kepimpinan moral dari segi perdagangan asia dan terdapat tiga perkara yang menarik minat anggota negara-negara Asean dan rakan dialog seperti China, Korea Selatan dan Jepun.
“Sudah tiba masanya Malaysia dikenali sebagai hub pengeluar dalam bentuk barang perkilangan dan urusan perkhidmatan,” jelasnya.
Ikuti temubual Saifuddin bersama Timbalan pengarang Astro AWANI dalam rancangan Agenda AWANI pada Rabu jam 9 malam ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Apr 23 2019

Saifuddin turut menjelaskan kementeriannya komited untuk memastikan Malaysia terus menarik minat anggota negara Asean dari segi perdagangan Asia.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS
Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.

Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa asing, amal dasar luar pragmatik - Penganalisis
Kritikan The Economist seolah-olah menggambarkan Malaysia selama ini ialah negara yang liberal dan menyokong semua dasar Barat.

Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar
Malaysia akan terus meneruskan rundingan dua hala dan mulitlateral dalam menangani sebarang isu yang dihadapi negara jiran ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.

Malaysia bebas jalin hubungan dengan mana-mana negara - Anwar
Malaysia bebas menyuarakan pandangan dan pendiriannya termasuk dalam menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar Luar Malaysia yang bebas dan berkecuali menguntungkan Malaysia - Penganalisis
Dasar diamalkan Malaysia tidak menghalang negara untuk menyuarakan kebimbangan terhadap isu semasa namun pada masa sama menjaga hubungan baik dengan negara lain.

Amerika Syarikat usir 10 diplomat Rusia
Sekatan terhadap enam syarikat Rusia yang menyokong usaha siber negara itu merupakan tindak balas pertama terhadap Kremlin kerana melakukan pencerobohan.

Biden beri bayangan dasar luar lebih terbuka
Pentadbiran Amerika mesti memenuhi detik baharu autoritarian yang semakin maju, termasuk cita-cita tinggi China untuk menyaingi AS dan keazaman Rusia untuk mengganggu demokrasi.

UK kekal sebagai rakan kongsi utama Ukraine, dengan atau tanpa EU - Timbalan Menteri Luar
Meskipun UK sebagai negara anggota EU adalah hebat, mungkin terdapat unsur-unsur yang positif untuk Kyiv jika London membuat keputusan untuk meneruskan Brexit (langkah keluar dari EU).