Timbalan Menteri Luar Ukraine Sergiy Kyslytsya berkata United Kingdom (UK) akan kekal sebagai rakan kongsi strategiknya yang utama, dengan atau tanpa Kesatuan Eropah (EU).
Kyslytsya, yang mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Malaysia pada Rabu, berkata meskipun UK sebagai negara anggota EU adalah hebat, mungkin terdapat unsur-unsur yang positif untuk Kyiv jika London membuat keputusan untuk meneruskan Brexit (langkah keluar dari EU).
"Terdapat bidang kerjasama khusus yang, secara ironinya, jika rakyat UK memutuskan untuk keluar (dari EU), akan menjadi lebih kukuh... seperti keselamatan antarabangsa.
"Disebabkan kerjasama kami dengan UK dalam bidang pertahanan dan teknologi tinggi, kesediaan mereka untuk membantu kami, contohnya dalam majlis keselamatan atau organisasi multilateral tanpa sebarang prejudis kepada negara anggota EU yang lain, kadangkala adalah lebih jelas dan lebih tegas.
"Tetapi memandangkan EU cenderung untuk mengambil pendirian yang sama dan bercakap secara keseluruhan, sudah tentu sebagai negara anggota EU, UK perlu menyesuaikan diri," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di ibu pejabat agensi berita itu pada Rabu.
Dalam lawatan selama sejam ke Bernama, Kyslytsya bertemu Pengerusi agensi berita itu Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pengarang Datuk Mokhtar Hussain, Timbalan Ketua Pengarang (Berita) Abdul Rahman Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan dan Kewangan) Khairdzir Yunos.
Parlimen UK pada Rabu telah meluluskan satu rang undang-undang untuk mengadakan satu pilihan raya umum pada 12 Dis yang dikatakan bakal menentukan nasib Brexit selepas Perdana Menteri Boris Johnson terpaksa meminta pelanjutan masa bagi tarikh akhir Brexit susulan kegagalan beliau untuk mendapatkan perjanjian itu melalui parlimen.
Tarikh akhir baharu ditetapkan pada 31 Jan 2020.
Kyslytsya menekankan bahawa hubungan antara Ukraine dan UK akan terus berkembang dan kukuh.
"Malah kami telahpun memulakan rundingan. Kami akan mereka bentuk satu kerangka baharu perundangan bagi perdagangan, begitu juga dengan perjalanan (apabila Brexit menjadi realiti). Isu Brexit itu adalah terpulang kepada rakyat UK untuk menentukannya," katanya.
Sementara itu, Kyslytsya berkata di bawah kepimpinan Presiden Volodymyr Zelensky yang dipilih pada bulan April tahun ini, dasar luar negara tersebut kekal tidak berubah kerana memperoleh keanggotaan dalam EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus menjadi asas yang penting bagi Ukraine.
Mengulas pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Marzuki Yahya pada Selasa, Kyslytsya berkata terdapat satu senarai panjang agenda tetapi setiap item adalah berdasarkan perkara yang khusus dan boleh membantu dalam kerjasama kedua-dua negara.
Agenda itu termasuk hubungan dua hala, politik, ekonomi, budaya, visa, kerjasama teknikal dan pertukaran akademik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019
![UK kekal sebagai rakan kongsi utama Ukraine, dengan atau tanpa EU - Timbalan Menteri Luar UK kekal sebagai rakan kongsi utama Ukraine, dengan atau tanpa EU - Timbalan Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572560010_SergiyKyslytsya.jpg)
Kyslytsya menekankan bahawa hubungan antara Ukraine dan UK akan terus berkembang dan kukuh. --fotoBERNAMA
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702020134_TBmiddlefinger.jpg)
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
![Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657165483_BorisJohnson.jpg)
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
![Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686828995_BorisJohnson.jpg)
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
![Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686354238_BorisJohnson.jpg)
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
![Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657211551_BorisJohnsonBrita.jpg)
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
![Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682687396_RichardSharp.jpg)
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
!['Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson 'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679443392_TBBorisJohnson.jpg)
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
![Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666325227_BorisJohnson.jpg)
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
![PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666496085_BorisJohnson.jpg)
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
![Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657165483_BorisJohnson.jpg)
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.