LONDON: Bekas Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengambil keputusan menarik diri daripada persaingan untuk menjadi pemimpin Parti Konservatif dan kembali menjawat jawatan perdana menteri.
Johnson mendakwa telah mendapat sokongan 100 ahli parlimen, tetapi enggan bertanding dan menyifatkan ia bukan tindakan yang betul untuk dilakukan dan "anda tidak boleh mentadbir dengan berkesan melainkan anda mempunyai parti yang bersatu di Parlimen,” lapor agensi berita PA Media.
Pengumuman beliau dibuat selepas bekas Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak secara rasmi mengumumkan akan bersaing untuk mengetuai Parti Konservatif, percubaan kedua beliau tahun ini.
Sunak telah mengumpulkan lebih 100 sokongan yang diperlukan daripada ahli parti Tory untuk bertanding. Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu susulan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Persaingan antara Johnson dan Sunak mungkin boleh memecah belahkan parti Konservatif yang memerintah, apatah lagi kerana ramai penyokong Johnson menyalahkan peletakan jawatan Sunak Julai lalu sebagai pencetus kejatuhan kerajaannya. Parti Konservatif, yang berkuasa selama 12 tahun, kini dilanda kegawatan berikutan peletakan jawatan kedua-dua Johnson dan Truss.
Kemungkinan kembalinya Johnson sebagai perdana menteri telah memecah belahkan pendapat dalam Parti Konservatif, dengan banyak penggubal undang-undang tidak menyokong prospek jawatan perdana menteri kembali kepada Johnson untuk kali kedua. Beliau meletak jawatan pada Julai lalu susulan beberapa siri skandal.
Sunak pada pagi Ahad mengumumkan beliau akan bersaing untuk merebut jawatan itu.
“United Kingdom adalah sebuah negara yang hebat tetapi kita menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Itulah sebabnya saya berdiri untuk menjadi Ketua Parti Konservatif dan Perdana Menteri anda yang seterusnya. Saya mahu memperbaiki ekonomi kita, menyatukan parti kita dan melaksanakan tanggungjawab untuk negara kita," katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Jika dipilih, Sunak akan menjadi Perdana Menteri UK pertama berketurunan India.
Agensi
Mon Oct 24 2022

Johnson mendakwa telah mendapat sokongan 100 ahli parlimen, tetapi enggan bertanding dan menyifatkan ia bukan tindakan yang betul untuk dilakukan. - Foto REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.

Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.

Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".

Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.

Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.

Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.

'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.

Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.

PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.

Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.