GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang DUN Pulau Pinang daripada membentangkan usul mengosongkan kerusi terbabit sehingga rayuan berhubung perkara itu didengar.
Kesemua ADUN terbabit yang juga plaintif ialah Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan dalaman Parlimen atau mana-mana DUN.
Beliau berkata mahkamah perlu sentiasa mengiktiraf doktrin pengasingan kuasa.
"Imuniti ini timbul daripada doktrin pengasingan kuasa antara tiga organ utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.
"Jika ketiga-tiga cabang ini dibiarkan, akan berlaku pertembungan yang boleh memusnahkan doktrin pengasingan kuasa yang mampu menjejaskan kebebasan ketiga-tiganya mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya dalam penghakiman yang disampaikan melalui e-mel.
Azizan juga berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan injunksi bagi menghalang mana-mana pihak berkuasa daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dnegan undang-undang namun pada masa sama, mahkamah juga perlu berhati-hati untuk tidak melangkaui bidang kuasa yang diberikan.
Beliau berkata plaintif telah meminta mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menghalang tugas badan lain iaitu DUn yang juga diwujudkan di bawah Perlembagaan Negeri.
"Permohonan plaintif ialah untuk menghalang bidang kuasa defendan (DUN Pulau Pinang dan Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang) yang dengan jelas dinyatakan adalah hak eksklusif mereka," katanya.
Beliau berkata mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan yang akan melangkaui bidang kuasa mahkamah dan mana-mana isu berkaitan kelayakan atau hilang kelayakan sebagai ADUN yang telah dipilih melalui proses pilihan raya yang sah di bawah bidang kuasa DUN sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri.
Mengenai isu status quo, Azizan berkata kesemua plaintif masih ADUN sehingga keputusan dibuat oleh defendan dan sehingga usul itu dibentang, dibahas dan diundi (disokong dan diluluskan), kelayakan serta kedudukan mereka adalah tidak terjejas.
Beliau berkata mahkamah hanya boleh mempertimbang isu bagi status quo plaintif dikekalkan atau dikembalikan hanya jika terdapat keputusan bahawa status quo kesemua plaintif telah berubah atau dibuang.
Justeru, katanya plaintif telah gagal menunjukkan injunksi perlu diberikan dan menolak permohonan mereka tanpa kos selepas mengambil kira fakta bahawa kes itu membabitkan kepentingan awam.
Pada 20 Jan lepas, Azizan menolak saman keempat-empat ADUN terhadap kedua-dua defendan berhubung usul yang diperkenal pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Mereka kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 25 Jan lepas.
Pada 16 Dis 2022, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan keempat-empat ADUN bagi mendapatkan kebenaran mencabar kelayakan DUN Pulau Pinang meluluskan undang-undang anti lompat parti dan memerintahkan agar kes itu didengar berkaitan isu merit di Mahkamah Tinggi.
ADUN terbabit telah memfailkan sama pada 2020 bagi mencabar keperlembagaan Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan menghalang kerusi mereka daripada diisytiharkan kosong selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 14A(1).
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan dalaman Parlimen atau mana-mana DUN. - Foto pixabay

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.