KUALA LUMPUR: Sekiranya kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran Stesen KLCC malam Isnin melibatkan kecuaian manusia, pendakwaan perlu disegerakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Perkara itu ditegaskan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
"Kemalangan yang melibatkan dua tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam tadi (Isnin) merupakan satu kemalangan tren yang sangat serius dan yang paling teruk dalam sejarah LRT sejak ia beroperasi pada tahun 1998 di negara kita.
"Memandangkan kejadian ini menyebabkan kecederaan orang awam, saya menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam," kata Ahli Parlimen Seremban itu dalam kenyataan malam Isnin.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu sidang media selepas melawat lokasi kemalangan itu di ibu negara, mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kejadian berkenaan.
Katanya, pasukan berkenaan akan menyiasat kejadian itu secepat mungkin dan hasilnya dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
BACA: LRT bertembung: Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan siasatan - Wee Ka Siong
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Mon May 24 2021
Siew Fook menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam mengenai kejadian berkenaan. - Gambar fail
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.
Insiden pelanggaran tren: MOT tidak 'sembunyikan' maklumat - Wee
Menteri Pengangkutan berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail.
LRT bertembung: Laporan dibentang di Kabinet Rabu depan - Menteri
Laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.
Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.
LRT bertembung: Trauma masih menghantui - Mangsa
Pada hari Isnin malam itu dia baru sahaja selesai bertugas di salah sebuah syarikat perbankan di Ampang, ibu negara sebelum melangkah pulang menuju ke Stesen LRT KLCC.
LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang jika ia diambil oleh penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran itu.
LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.