PASIR SALAK: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menjatuhkan reputasinya ekoran insiden dua tren transit aliran ringan (LRT) bertembung bulan lepas.
Menurut Tajuddin, beliau telah dimalukan di seluruh negara dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Sambil menafikan segala tuduhan yang dilemparkan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu percaya, tindakan tersebut merupakan permainan pihak tertentu yang mempunyai agenda sehingga mencetus kontroversi.
Dalam masa sama, Tajuddin mencabar pihak-pihak yang membuat dakwaan sedemikian dengan membuktikan bila dan di mana beliau tidak prihatin atau sensitif terhadap insiden berkenaan dengan menonton semula rakaman sidang media yang dikendalikannya.
“Saya nak cabar mereka, tengok balik video saya, buktikan bahawa saya tidak sensitif, adakah sebab saya ada bergurau sikit dua tren bercium… kissing each other, itu yang diambil sebagai bukti bahan bahawa saya tidak prihatin, tidak sensitif.
“Tengok video (sidang media) itu… mula-mula saya cakap kita berasa sedih dengan apa yang berlaku, kita berasa sedih dan kecewa di atas kejadian dan insiden ini. Saya kata bagi pihak pengurusan, bagi pihak board (lembaga pengarah), kita berasa sedih,” kata Tajuddin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan program Bantuan Prihatin Rakyat secara pandu lalu di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Chenderong Balai, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut insiden pertembungan dua tren, Tajuddin berkata, sebagai tanda prihatin, beliau sendiri telah berbincang dengan pihak pengurusan Prasarana untuk membantu mangsa kemalangan seperti kos perubatan dan bantuan khas RM1,000.
Tajudin berkata, mereka yang mengenalinya pasti mengetahui bahawa beliau merupakan seorang yang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat.
Mengenai bentuk tindakan yang akan diambil, beliau berkata, tindakan itu mengikut undang-undang dan peraturan.
Dalam kejadian 24 Mei lalu, dua tren LRT bertembung menyebabkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 orang lagi cedera ringan.
Tajuddin yang mengadakan sidang media keesokan harinya menerima pelbagai kecaman kerana didakwa tidak sensitif terhadap situasi yang berlaku.
Pada 26 Mei pula, Kementerian Kewangan mengumumkan khidmat Tajuddin sebgai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta melalui surat yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 13 2021

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyampaikan bantuan pada program Bantuan Prihatin Rakyat secara pandu lalu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Chenderong Balai, Pasir Salak, Perak pada Ahad. - Gambar Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.

Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.

Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.

Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.

PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.

PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.

Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.