PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.
Khalid dan KiniTV telah mendapat kebenaran untuk meneruskan rayuan mereka bagi mendapatkan kos daripada Tajuddin yang saman fitnahnya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk S. Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing, dalam keputusan sebulat suara, memerintahkan Tajuddin membayar kos RM60,000 masing-masing kepada Khalid dan KiniTV.
"Kos termasuk kos perbicaraan Mahkamah Tinggi, kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan untuk prosiding hari ini," kata Nantha Balan, ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memberikan kos kepada Khalid dan KiniTV.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah meninggalkan amalan biasa dengan tidak memberikan kos kepada defendan (Khalid dan KiniTV) selepas mereka berjaya dalam kes mereka
"Hakim itu telah melakukannya atas kerelaan sendiri tanpa memberi peluang kepada pihak-pihak untuk berhujah mengenai kos. Satu-satunya alasan, seperti yang dikatakan oleh hakim itu ialah kes kepentingan awam. Undang-undang adalah jelas dan kos sepatutnya diberikan," katanya.
Hakim Nantha Balan mempersoalkan sama ada ini memang kes kepentingan awam hanya kerana kedua-duanya adalah Ahli Parlimen dan kenyataan media dibuat di lobi.
"Saya rasa itu tidak menjadikannya sebagai kes kepentingan awam tetapi orang ramai mungkin berminat dengan perkara itu," katanya sambil menambah Khalid dan KiniTV berhak menerima kos kerana terdapat banyak kerja yang terlibat kerana saman itu difailkan pada Februari 2017 dan perbicaraan berlangsung dari 2019 hingga 2021.
Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk S.N. Nair dan K. Shanmuga, masing-masing mewakili Khalid dan KiniTV, manakala Datuk Hasnal Rezua Merican mewakili Tajuddin.
Pada 22 Feb 2022, Mahkamah Tinggi menolak saman Tajuddin terhadap Khalid, KiniTV dan NSTP tanpa kos.
Tajuddin memfailkan saman itu pada 26 April 2017, mendakwa Khalid mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya termasuk memanggilnya dengan kata-kata kesat ketika mengadakan dua sidang media di lobi Parlimen, masing-masing pada 21 dan 24 Nov 2016.
Beliau mendakwa kenyataan pertama Khalid diterbitkan NSTP melalui artikel bertajuk 'Fury over Deputy Minister's Remark' pada 22 Nov 2016 dan kenyataan kedua defendan disiarkan di KiniTV pada 24 Nov tahun sama manakala kedua-dua kenyataan itu juga diterbitkan di Youtube yang boleh diakses oleh orang ramai.
Tajuddin mendakwa kedua-dua kenyataan itu antara lain bermaksud, beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen dan bertindak bertentangan dengan ajaran serta budaya Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin (kiri) membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad (kanan) dan KiniTV Sdn Bhd. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Bicara saman fitnah PM Anwar terhadap Awang Solahuddin dijadual semula ke Oktober 2026
Peguam mewakili Awang Solahuddin mengesahkan tarikh baharu perbicaraan itu dan memaklumkan pihak defendan akan mengemukakan tiga saksi.

Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.

Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.