KUALA LUMPUR: Tiga mangsa insiden kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya Isnin lepas yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
"Pada pagi ini, sekali lagi Pasukan Perubatan HKL memaklumkan perkembangan terkini mengenai tiga pesakit tersebut. Syukur apabila dimaklumkan bahawa ketiga-ketiga pesakit menunjukkan progress (perkembangan) yang baik dan keadaan lebih stabil berbanding sebelum ini," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Wee berkata seorang pesakit wanita berusia 37 tahun yang telah menjalani pembedahan otak pada awal pagi 25 Mei lepas, kini beransur pulih dan berada dalam pemantauan rapi pakar perubatan.
Katanya, seorang pesakit lelaki berusia 52 tahun turut menunjukkan proses pemulihan yang memuaskan.
"Beliau akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 31 Mei (esok). Prasarana akan menanggung segala kos perubatan berjumlah RM24,000 untuk membeli plat titanium, skru dan rod titanium serta perkakas lain untuk tujuan pembedahan spine tersebut," katanya.
Sementara itu, Wee berkata keadaan seorang lagi pesakit wanita berusia 26 tahun juga bertambah baik dan akan menerima rawatan lanjut oleh pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) dan oftalmologi.
Beliau turut menzahir penghargaan kepada pasukan pakar perubatan HKL kerana bertungkus-lumus memberi rawatan terbaik kepada tiga mangsa insiden terbabit.
"Dalam masa sama, saya juga telah berkomunikasi dengan keluarga tiga pesakit berkenaan tengah hari tadi. Saya dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan sentiasa mendoakan agar kesemua pesakit pulih sepenuhnya," katanya.
Dalam kejadian pada 8.33 malam, Isnin lepas (24 Mei), sebuah tren yang tidak membawa penumpang telah bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
Wee berkata seorang pesakit wanita berusia 37 tahun yang telah menjalani pembedahan otak pada awal pagi 25 Mei lepas, kini beransur pulih dan berada dalam pemantauan rapi pakar perubatan. - BERNAMA
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.
Insiden pelanggaran tren: MOT tidak 'sembunyikan' maklumat - Wee
Menteri Pengangkutan berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail.
LRT bertembung: Laporan dibentang di Kabinet Rabu depan - Menteri
Laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.
Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.
LRT bertembung: Trauma masih menghantui - Mangsa
Pada hari Isnin malam itu dia baru sahaja selesai bertugas di salah sebuah syarikat perbankan di Ampang, ibu negara sebelum melangkah pulang menuju ke Stesen LRT KLCC.
LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang jika ia diambil oleh penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran itu.
LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.