PUTRAJAYA: Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail susulan insiden nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara, 24 Mei lalu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata cadangan penambahbaikan disarankan oleh Jawatankuasa Siasatan itu melibatkan lima cadangan yang perlu dilakukan dalam masa tiga bulan, 11 cadangan dalam masa antara tiga dan enam bulan, dan tujuh penambahbaikan dalam masa lebih dari enam bulan.
"Kementerian (Pengangkutan) akan mengaudit kemajuan penambahbaikan ini secara berkala," katanya dalam sidang media secara maya hari ini bagi mengumumkan hasil laporan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat insiden pelanggaran tren LRT.
Dalam insiden 8.33 malam pada 24 Mei lepas, sebuah tren LRT tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC.
Untuk penambahbaikan jangka pendek, Wee berkata dua pemandu atau hostler ditetapkan untuk mengendalikan tren secara manual ketika dalam terowong, yang mana peranan pemandu kedua adalah sebagai pegawai keselamatan dan pematuhan.
Lampu suluh berkuasa tinggi perlu dibekalkan kepada pemandu untuk memudahkan tugas mereka ketika di dalam terowong dan penyediaan senarai semak untuk kegunaan dan panduan kepada pemandu serta Pusat Kawalan Operasi (OCC) dalam mengendalikan tren secara manual ketika situasi kritikal, katanya.
Prasarana perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengawasan untuk menjalankan audit terhadap tanda arah atau penanda landasan dan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan untuk melaporkan audit keselamatan kepada pengurusan kanan Prasarana dan Rapid Rail bagi tujuan semakan serta pemantauan, katanya.
Wee berkata Prasarana dalam masa antara tiga hingga enam bulan perlu melaksanakan penambahbaikan seperti penilaian teknikal terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tren secara manual di dalam terowong bersama audit secara berkala.
Prasarana juga perlu menjalankan penilaian teknikal terhadap sistem komunikasi dan mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem yang diperlukan dan tingkatkan SOP operasi yang digunakan di OCC dengan audit berkala, katanya.
Antara lain penambahbaikan ialah menyemak SOP berkaitan tindakan dalam situasi Normal (N)/Degraded (D)/ Emergency (E) dan meningkatkan akauntabiliti pengurusan terhadap perkara berkaitan prosedur, SOP, pelan tindakan kecemasan (ERP) dan keselamatan, katanya.
Selain itu, katanya, Pelan Komunikasi SOP Prasarana dan Rapid Rail perlu ditingkatkan untuk pemahaman semua peringkat kakitangan, mengemaskini buku peraturan, manual OCC dan manual pemandu serta melaksanakan Job Safety Analysis (JSA) terhadap setiap pengambilan kakitangan termasuk kakitangan sedia ada dalam kategori 'Safety Critical Position' untuk kecekapan dan pengetahuan.
Wee berkata bagi tujuh penambahbaikan jangka panjang pula membabitkan kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan OCC dan pemandu, penilaian risiko terhadap pemasangan 'stanchion' di 'vestibule' di dalam tren serta simulasi untuk menguji semua SOP sedia ada dan yang telah dikemaskini.
Selain itu, perlu dilaksanakan kajian dan penilaian RAMS (Reliability, Availability, Maintainability and Safety) ke atas sistem tren dan rel Prasarana dan Rapid Rail dan meningkatkan sistem pengesanan tren elektronik untuk memastikan tren dapat dikesan dari jarak jauh apabila terjadi keadaan 'time-out', katanya.
"Kami mahu pengurusan atasan Prasarana melihat laporan ini serta mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan operasi tren," katanya.
Ditanya mengenai keadaan tiga mangsa yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Wee berkata kesemua sudah keluar dari ICU dan berada di wad pemerhatian.
Ketiga-tiga mangsa di bawah jagaan rapi oleh kumpulan pakar HKL dan menunjukkan proses pemulihan yang baik, katanya.
Mengenai pampasan dan tindakan mahkamah yang diambil mangsa yang terjejas, Wee berkata soal itu diserahkan kepada Prasarana dan syarikat insurans dan setiap tindakan oleh mangsa akan dihormati.
"Setiap orang ada hak buat tuntutan selepas satu insiden. Yang ini kita tidak pernah lari dan kita kena berdepan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 10 2021
Dalam insiden 8.33 malam pada 24 Mei lepas, sebuah tren LRT tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC. - Gambar fail/ Bernama
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.
Liga-M perlukan Kelantan saingi JDT - Norizam
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu.