KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merakamkan penghargaan kepada petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kesemua mangsa pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang dirawat di HKL dibenar pulang dengan pesakit terakhir didiscaj pada Isnin.
Dalam hantaran di akaun Facebook pada Selasa, Wee mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
"Tiada perkataan atau ayat yang dapat saya lafazkan kecuali 'terima kasih dan thank you'. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua. Semoga semua pesakit sembuh sepenuhnya secepat mungkin," katanya.
BACA: LRT Bertembung: 3 mangsa keluar ICU, dalam pemantauan pakar bedah saraf
Menurut Wee pada Isnin seorang pesakit wanita berusia 31 tahun menjadi pesakit terakhir dibenar pulang dan akan meneruskan rawatan rehabilitasi, pemeriksaan dan susulan yang diatur oleh pakar-pakar perubatan HKL.
Beliau berkata Khamis lepas, pesakit lelaki berusia 52 tahun yang juga cedera parah dalam insiden sama dibenar pulang dan kini mula menerima rawatan rehabilitasi selain rawatan susulan.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan otak yang agak parah dan mereka telah diselamatkan oleh pakar-pakar perubatan dan pembedahan HKL," katanya.
Wee berkata dalam perbualannya pada Isnin bersama keluarga mangsa, mereka menzahirkan ucapan tidak terhingga kepada Dr Azmi yang mengetuai pasukan pakar HKL dalam menjalankan pembedahan otak ke atas dua pesakit itu.
Beliau turut menelefon keluarga kepada seorang lagi pesakit wanita berusia 26 tahun yang kini berehat di rumahnya di Parit Buntar, Perak dan kini dalam proses pemulihan.
BACA: LRT bertembung: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Sementara seorang lagi pesakit wanita yang dipindahkan dari HKL ke sebuah Pusat Perubatan swasta di Damansara untuk pembedahan bahagian rahang kini berehat di rumah dan keadaannya beransur pulih serta menjalani sesi fisioterapi, katanya.
Dalam insiden 24 Mei lepas, sebuah tren LRT tanpa penumpang bertembung dengan sebuah tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC menyebabkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
WEE: Tiada perkataan atau ayat yang dapat saya lafazkan kecuali 'terima kasih dan thank you'. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa anda semua. - Gambar fail
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.