KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan bagi bagi meneliti insiden kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya akan membentangkan laporan berhubung kejadian itu pada mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.
"Dalam menjalankan siasatan itu, Jawatankuasa Siasatan telah melakukan beberapa semakan termasuk prosedur operasi standard (SOP), manual operasi, rule book dan dokumen-dokumen panduan operasi yang berkaitan.
"Selain itu, turut disertakan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV), temu siasat bersama pihak berkaitan serta perbincangan teknikal lain yang berkaitan bersama pembekal teknologi," katanya dalam hantaran di Facebook di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, Ka Siong menegaskan, penyiasatan yang dijalankan bukan bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti mana-mana pihak.
Bagi mendapatkan gambaran kejadian dengan lebih jelas, beliau berkata, lawatan juga diadakan ke pusat kawalan operasi (OCC) LRT Kelana Jaya di Lembah Subang pada 1 Jun lalu, diikuti sesi simulasi kemalangan di tempat kejadian oleh pihak Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) pada hari sama.
"Susulan daripada itu, beberapa siri mesyuarat penyelarasan turut diadakan. Kerajaan akan terus mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna pengangkutan awam yang sentiasa menjadi keutamaan," tegasnya.
Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak ditubuhkan selepas berlakunya insiden tersebut.
Jawatankuasa itu diberi masa 14 hari bermula 25 Mei lalu untuk melengkapkan siasatan seterusnya membentangkan kepada Kabinet.
Dalam insiden itu yang berlaku pada 24 Mei lalu, seramai 65 penumpang termasuk enam warga asing cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Umavathi Ramayah
Thu Jun 03 2021

Menurut Wee Ka Siong, laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara. - Gambar fail
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.