Lori hantu yang terlibat dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras didakwa dicuri sebelum merempuh dua pelajar sekolah sehingga maut.
Syarikat pemaju Medan Damai Sdn Bhd berkata pihaknya diberitahu bahawa lori milik kontraktor mereka itu telah dicuri dari tapak pembinaan oleh individu yang tidak dikenali sekitar jam 1 tengah hari pada hari kejadian.
Pengarah urusannya, William Tan berkata, kejadian berlaku ketika waktu pekerja sedang berehat untuk makan tengah hari.
"Pada masa itu, kami dimaklumkan bahawa lori tersebut telah dicuri dari tapak pembinaan. Bagaimana ia dicuri masih dalam siasatan pihak polis.
"Kami juga ingin memberitahu bahawa kejadian berkenaan berlaku ketika waktu makan tengah hari iaitu ketika semua pekerja sedang berehat," jelas Tan dalam satu sidang media di ibu pejabatnya di Megan Salak Park di sini hari ini.
Pihaknya turut menafikan wajah pemandu yang sedang viral di media sosial ketika ini adalah pekerja mereka.
Selain itu, syarikat Medan Damai menggesa mangsa yang tercedera dan pemilik kenderaan yang rosak dalam kejadian tersebut agar segera menghubungi mereka bagi urusan ganti rugi.
Tan berkata pihaknya akan memastikan tiada kenderaan berat yang akan melalui kawasan sekolah pada waktu-waktu kemuncak.
Pihaknya juga bercadang menggaji pengawal lalu lintas bagi membantu pihak sekolah sehingga projek syarikatnya selesai.
Kemalangan pada 14 Jan itu telah mengakibatkan dua pelajar Tahun Enam, berusia 12 tahun, maut manakala seorang lagi cedera serta 19 kenderaan musnah.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah.
BACA: JPJ Selangor terus pantau lokasi panas lori hantu
Azyyati Ahmad
Sat Jan 23 2016
Tan menggesa mangsa yang tercedera dan pemilik kenderaan yang rosak dalam kejadian tersebut agar segera menghubunginya bagi urusan ganti rugi. - Astro AWANI
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Dua maut tercampak keluar dari kereta, nahas di pusingan ‘U’ Jalan Lencongan Barat
Seorang mangsa tercampak di bumbung Mercedes Benz, manakala seorang lagi terpelanting keluar dari kenderaan.
Tiga beranak maut dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Mersing
Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta Toyota Vios dan Proton Persona.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.