Dalam satu kenyataan, kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Kemas kini itu dikeluarkan selepas gambar sebuah Ferrari dipandu Antonio rosak teruk tular di media sosial.
Kenyataan itu juga menyebut, Antonio mampu berkomunikasi dan kini berada di bawah pengawasan rapi hospital.
Kelab itu turut meminta orang ramai untuk menghormati privasi Antonio dan keluarganya.