Mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Md Yusuf Mukhtar, 71, dan isterinya, Rosnah Salleh, 65.
Manakala anak pasangan itu, Muhamad Izuddin Md yusof, 36 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Mersing.
Ketua polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, polis menerima maklumat kemalangan itu kira-kira jam 8.30 malam membabitkan Toyota Vios dan Proton Persona yang dinaiki empat sekeluarga.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun dari arah Kuantan menuju Johor Bahru dipercayai terbabas.
Toyota Vios itu, jelasnya, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Persona dari arah Kota Tinggi.
Susulan nahas itu, Abdul Razak ketika dihubungi memaklumkan, pemandu Toyota Vios itu cedera parah di bahagian perut dan patah tangan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Sementara pemandu Proton Persona lelaki tempatan berusia 36 tahun serta ibu dan bapanya yang berumur 65 tahun dan 71 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat cedera parah di bahagian kepala.
Seorang lagi penumpang iaitu anak kepada pemandu Proton Persona, kanak-kanak perempuan berumur 5
tahun pula cedera di bahagian kepala dan masih dirawat di HSI.
Kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk urusan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.