Penolong Pengarah Operasi Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan pada jam 9.50 pagi.
“Setibanya di lokasi, anggota mendapati, kemalangan membabitkan van Toyota Hiace, Hyundai Starex, dua motosikal Yamaha Y15, Nouvo LC dan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bagaimanapun, ambulans itu didapati kosong tiada pesakit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mukhlis berkata, wanita yang menunggang motosikal tersepit di bawah salah satu kenderaan terlibat dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.