KUALA LUMPUR: Semua pihak diseru berganding bahu dalam usaha melindungi dan memulihara habitat gajah yang dikategori sebagai hidupan liar dilindungi sepenuhnya di dalam negara demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan rekod Jabatan Perhilitan, sebanyak 3,325 aduan konflik manusia dan gajah telah dilaporkan dari 2015 hingga 2021, manakala sepanjang tahun ini setakat Jun lepas, sebanyak 435 aduan serupa dilaporkan.
"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhilitan memandang serius keperluan memastikan kelangsungan hidup gajah serta komited dalam mempergiatkan usaha konservasi gajah dan habitatnya," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Gajah Sedunia hari ini.
Beliau berkata, terdapat dua subspesies gajah di Malaysia iaitu Elephas maximus indicus yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Elephas maximus borneensis (Gajah Pygmy) yang terdapat di Sabah dengan masing-masing memerlukan kawasan keliaran antara 10 hingga 250 kilometer persegi.
Dari segi populasi, beliau berkata, terdapat kira-kira 1,220 hingga 1,680 gajah di Semenanjung Malaysia dengan taburan populasi di tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Takiyuddin berkata, berdasarkan laporan Elephant Trade Information System (ETIS) tahun ini, Malaysia dikategorikan dalam Kategori B markedly affected by illegal trade in ivory, kedudukan lebih baik berbanding 2019 apabila Malaysia dikategorikan sebagai negara kategory A primary concern.
Dalam usaha melindungi populasi haiwan itu, beliau berkata, antara tindakan kerajaan ialah mengukuhkan keberkesanan perundangan dengan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar.
Selain itu, bagi menangani konflik manusia dan gajah, usaha dilakukan termasuk menubuhkan pusat konservasi gajah di Pahang, Terengganu dan Johor; menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah secara pemasangan kolar satelit dan membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG).
Di peringkat antarabangsa pula, katanya, Malaysia serius dalam melaksanakan tindakan di bawah Pelan Tindakan Gading Kebangsaan (NIAP) sebagai komitmen untuk membanteras rangkaian perdagangan haram gading gajah. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Jabatan Perhilitan memandang serius keperluan memastikan kelangsungan hidup gajah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".

Lima sekeluarga cemas, gajah mengamuk hampiri kereta
Gajah tersebut hanya menyentuh bahagian kereta dengan menggunakan belalainya sahaja.

Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.

Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.

Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.

Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.

Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.