PUTRAJAYA : Kerajaan memahami kegusaran yang dihadapi pelabur asing susulan pandemik yang berlaku di negara ini.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pelan Pembangunan Negara (PPN) yang dirangka ketika ini juga mengambil perhatian isu berkenaan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru baru ini.
Tengku Zafrul yang juga Menteri Penyelaras PPN menegaskan, isu kegusaran pelaburan asing yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKN turut memberi perhatian soal cabaran yang dihadapi pemain-pemain gergasi terutama syarikat multinasional (MNC).
Bahkan, jelas Tengku Zafrul, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberi penekanan bahawa sektor perindustrian perlu memberi perhatian pada perancangan global.
"Kita telah dengar, apa mereka perlukan kerajaan (lakukan) (termasuk langkah pelaksanaan) kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terutamanya kita kena tingkatkan prosedur operasi standard (SOP)," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambah Tengku Zafrul, PPN yang dilaksanakan dijangka mampu mengurangkan kes jangkitan harian sekali gus membuka ruang negeri-negeri industri seperti Selangor memasuki fasa kedua PPN.
"Tadi ada pengumuman telah dibuat di mana SOP akan ditingkatkan apabila kalau kilang dibuka terutamanya sektor perlu. Saringan perlu dibuat dua kali seminggu (di kilang), kita kena kurangkan kes di kawasan PKPD.
"Sekarang 70 peratus kes adalah dari tiga negeri (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan), kita dapat lihat lapan negeri telah ke fasa dua, ada negeri mungkin akan ke fasa tiga (tidak lama lagi)," jelas beliau.
Dalam masa sama, Tengku Zafrul memaklumkan, kerajaan ketika ini sedang memberi fokus di kawasan zon merah dan tidak akan berlaku PKPD di seluruh negara, sebaliknya di kawasan berisiko tinggi sahaja.
"Selama ini kita lebih fokus cabaran di hadapi di kawasan merah. Tidak lestari untuk buka dan tutup, itulah sebab kita buat pengumuman PPN, sebagai road map.
"Kalau kita beransur pulih fasa satu ke dua, kita tak boleh balik ke fasa satu. Apabila ada kes di fasa kedua di kawasan tertentu, kawasan itu akan kita buat PKPD bukan lagi seluruh negeri,” kata Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul juga memberitahu, kerajaan juga tidak terlepas daripada mengadakan perbincangan mengenai kadar vaksinasi yang telah dipertingkatkan yang sekali gus memberi peluang kepada pembukaan sektor ekonomi secara berperingkat dengan lebih cepat.
Fareez Azman
Wed Jul 14 2021
Pelan Pembangunan Negara (PPN) yang dirangka ketika ini juga mengambil perhatian isu kegusaran pelabur asing, kata Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar hiasan
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
DBKL tutup premis pelacuran
Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian
Malaysia Airlines meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu.
Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).
Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia
Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertamanya di Malaysia.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
KL dinobat bandar raya kedua terhebat di Asia Tenggara
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang disenaraikan dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.