CALIFORNIA: Pasukan bomba menggunakan helikopter dan kapal terbang pada Sabtu untuk mengawal kebakaran berhampiran lapangan terbang di timur Sacramento, Amerika Syarikat (AS).

Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placer-Ville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar di selubungi asap dan api yang disebut sebagai 'Pay Fire'.

Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.

Media tempatan melaporkan bahawa lapangan terbang itu telah dikosongkan susulan kebakaran hutan, yang telah membakar seluas 77 ekar kawasan itu setakat awal pagi Ahad.

Kebakaran juga telah menumbangkan beberapa pencawang elektrik berhampiran kawasan itu menyebabkan kira-kira 2,000 pengguna terputus bekalan elektrik.

Bagaimanapun, pemadaman api dilakukan anggota bomba daerah El Dorado secara berkadar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.