KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu berkuat kuasa 1 Ogos 2024 berikutan permintaan perjalanan yang kukuh dan prestasi faktor muatan yang positif terhadap laluan itu.
Dalam kenyataan hari ini, katanya peningkatan kekerapan penerbangan dari Amritsar itu akan menambah jumlah penerbangan mingguan Malaysia Airlines di India kepada 71.
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu adalah berikutan penggandaan kekerapan syarikat penerbangan itu ke Amritsar daripada dua kepada empat kali seminggu pada Januari 2024, menunjukkan keyakinan pasaran yang berkembang pesat.
"Penerbangan ke Amritsar dimulakan pada November 2023, selain Ahmedabad dan Trivandrum sebagai antara tiga laluan baharu India yang diperkenalkan pada tahun berkenaan," katanya sambil memaklumkan syarikat penerbangan itu baru-baru ini meningkatkan frekuensi di laluan Trivandrum kepada empat kali seminggu berkuat kuasa 3 April 2024.
Malaysia Airlines mempunyai rangkaian luas di India, menawarkan penerbangan daripada sembilan hab utama iaitu New Delhi, Mumbai, Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Ahmedabad, Amritsar dan Trivandrum.
Berperanan sebagai laluan masuk ke Asia dan di luarnya kepada pengembara India, syarikat penerbangan itu menawarkan sambungan lancar seterusnya ke Australia, New Zealand, Vietnam dan destinasi utama lain di Asia Pasifik, katanya.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (MAG) Dersenish Aresandiran berkata India kekal sebagai asas strategi perniagaan syarikat penerbangan itu.
"Kami gembira untuk mengukuhkan operasi kami di pasaran dinamik ini dengan meningkatkan lagi kekerapan penerbangan dari Amritsar dengan mengendalikan 71 penerbangan mingguan antara India dan Malaysia.
"Kami kekal teguh untuk menawarkan fleksibiliti yang dipertingkat dan pilihan perjalanan kepada pengembara India, berperanan sebagai laluan masuk ke Asia dan di luarnya," kata beliau.
Maklumat lanjut mengenai kekerapan penerbangan dan tambang boleh dilayari di laman sesawang Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Peningkatan kekerapan penerbangan dari Amritsar itu akan menambah jumlah penerbangan mingguan Malaysia Airlines di India kepada 71.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.