KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' selepas 24 individu termasuk sembilan warga asing ditahan dalam serbuan di dua apartment di Jalan Tun Razak di sini bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata seramai 14 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun ditahan pada 27 Jun lepas dalam serbuan itu selain merampas pelbagai barangan antaranya kad akses, komputer riba, telefon bimbit, ipad dan router.
Beliau berkata sindiket berkenaan merekrut individu dalam kalangan 'programmer' terdiri rakyat tempatan dan warga China dengan tawaran gaji sekitar RM5,000 hingga RM12,000.
"Mereka ini akan menghasilkan 'software' laman judi dalam talian yang menyasarkan pembeli atau pemain di luar negara yang boleh mencecah hingga RM50,000.
"Semakan juga mendapati warga China yang ditahan masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini hari ini.
Mohamad Lazim berkata siasatan mendapati serbuan yang membabitkan dua sindiket berlainan itu aktif sejak enam bulan lepas dan berselindung di sebalik nama syarikat sah yang menawarkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sementara itu, tiga lelaki berusia 21 hingga 28 tahun yang turut mempunyai rekod jenayah lampau ditahan pada 26 Jun lepas kerana disyaki terbabit kes curi motosikal di sekitar Taman Ibu Kota Setapak.
Polis turut merampas lima motosikal serta beberapa komponen dan dengan tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian motosikal di kawasan Wangsa Maju.
"Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Sindiket berkenaan merekrut individu dalam kalangan 'programmer' terdiri rakyat tempatan dan warga China dengan tawaran gaji sekitar RM5,000 hingga RM12,000. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.