KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang disenaraikan dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.
Senarai terkini itu memperlihatkan ibu negara Malaysia di kedudukan 135 daripada 1,000 bandar di dunia manakala Singapura muncul sebagai bandar raya terhebat apabila berada di tempat ke-42 dalam indeks tersebut.
Bandar utama lain di Asia Tenggara ialah Bangkok, Thailand yang menduduki tempat ke-192 dan diikuti Manila, Filipina berada di tempat ke-256 dan Jakarta, Indonesia pula kedudukan ke-284.
Secara keseluruhan, New York, Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat pertama Indeks Bandar Global Oxford Economics, diikuti London, United Kingdom (UK) dan San Jose, AS.
Oxford Economics berkata, Indeks Bandar Global itu meliputi 1,000 bandar besar di dunia yang terletak di 163 negara.
Indeks berkenaan mengandungi lima kategori iaitu ekonomi, modal insan, kualiti kehidupan, alam sekitar dan tadbir urus yang diagregatkan untuk mencipta skor keseluruhan bagi setiap bandar.
Mengikut Indeks Bandar Global Oxford Economics itu, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-106 dari segi ekonomi yang diukur mengikut saiz ekonomi, struktur, pertumbuhan setiap bandar, meneliti sejarah prestasi dan potensi masa depan.
Dari segi sumber manusia yang mengukur iklim pendidikan dan perniagaan setiap bandar sejajar dengan trend demografi memperlihatkan Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-21.
Indeks Bandar Global Oxford Economics itu menunjukkan Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-391 bagi kualiti kehidupan yang mengambil kira manfaat tinggal di setiap bandar dan kesejahteraan penduduk meliputi kewangan dan hasil kesihatan serta akses kepada kemudahan.
Dari segi alam sekitar dan tadbir urus, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-526 dan ke-334 daripada 1,000 bandar di dunia dalam indeks berkenaan.
Selain Kuala Lumpur, bandar raya George Town, Pulau Pinang menduduki tempat ke-351 dalam indeks berkenaan diikuti Melaka di tangga ke-359 dan Johor Bahru di tempat ke-376.
Pengarah Perkhidmatan Bandar Oxford Economics, Mark Britton berkata, bandar raya adalah pusat ketamadunan manusia di mana inovasi, kepelbagaian dan kemajuan bergabung.
Bagaimanapun, beliau berkata, dinamik bandar yang kompleks kebiasaannya mengurangkan pemahaman umum terhadap faktor menjadikan sesebuah bandar itu berjaya.
“Indeks Bandar Global Oxford Economics menyediakan rangka kerja yang konsisten bagi menilai kekuatan dan kelemahan 1,000 bandar raya terhebat di seluruh dunia. Ditambah dengan unjuran kami, ia membolehkan organisasi dan pembuat dasar untuk melakukan keputusan strategik yang lebih bermaklumat.
“Walaupun skor indeks ini berasaskan prestasi sekarang, terdapat potensi pergerakan yang besar dalam ranking untuk tahun-tahun akan datang memandangkan 1,000 bandar raya global ini mengharungi pelbagai trend global.
“Ini termasuk ketidaktentuan ekonomi, ketidakstabilan politik, paras hutang tinggi, trend globalisasi, tekanan ke atas kesihatan dan perumahan, serta kesan perubahan iklim. Ini antara trend global yang berpotensi mengubah ranking,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 21 2024
Kuala Lumpur berada di kedudukan 135 daripada 1,000 bandar di dunia. - Gambar hiasan
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
DBKL tutup premis pelacuran
Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
Malaysia Airlines perluas operasi di Amritsar, sedia penerbangan harian
Malaysia Airlines meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu.
Piala Dunia Kuala Lumpur cetus penanda aras baharu sepak takraw - ISTAF
Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur yang berlangsung dari 18 hingga 26 Mei mencetuskan satu penanda aras baharu.
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).
Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia
Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertamanya di Malaysia.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
KL dinobat bandar raya kedua terhebat di Asia Tenggara
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang disenaraikan dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.