LABUAN: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata isu berkenaan antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024, yang kali terakhir diadakan pada 2020, di Kuala Lumpur hari ini.
"Mesyuarat tertumpu kepada pelbagai isu keselamatan dan ketenteraman awam termasuk IMM13 di Labuan dan lambakan warga asing," katanya dalam kenyataan malam ini.
IMM13 ialah dokumen yang dikeluarkan kepada warga Filipina bersatus pelarian di Sabah dan Labuan.
Pada mesyuarat itu, Dr Zaliha turut menyentuh isu penempatan haram warga Rohingya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur yang tular di media sosial, dan beliau memberi jaminan perkara itu akan ditangani segera.
Beliau turut mengumumkan penubuhan unit khas dikenali sebagai 'KL Strike Force', yang akan bertindak secara bersepadu dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurutnya unit berkenaan ditubuhkan bagi menangani isu melibatkan keselamatan termasuk peniaga jalanan, penjaja, peniaga kecil, gelandangan serta isu semasa lain yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan.
"Penguatkuasaan secara bersepadu ini akan dijalankan serta-merta di kawsan 'hotspot' termasuk tindakan ke atas hantaran yang tular di media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Dr Zaliha berkata isu berkenaan antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024, yang kali terakhir diadakan pada 2020, di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar fail/FB Dr Zaliha Mustafa

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lestari Niaga@Kuala Lumpur: Kompleks Makan Tanglin kini lebih tersusun, ceria, selesa
Kompleks Makan Tanglin adalah satu daripada 63 pusat penjaja di Wilayah Persekutuan yang berjaya dinaik taraf sepenuhnya di bawah Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur.

50 tahun Wilayah Persekutuan iktiraf kemajuan, kelestarian, keunikan serta perkukuh perpaduan
Sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penganjuran Karnival Santai Keluarga 50WP dan Temu DBKL sebagai kemuncak sambutan di Taman Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur.

85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.

JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.

Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.

Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah
Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb.

Penyelesaian unik bagi isu setiap Wilayah Persekutuan diumumkan - Dr Zaliha
Isu-isu berkaitan akan diselesaikan mengambil kira peranan berbeza yang dimainkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam memaparkan imej negara.

Jabatan Wilayah Persekutuan sasar 50,000 peserta 'Pasport 50WP'
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyasarkan 50,000 penyertaan dari seluruh negara dalam program Pasport 50WP.