KUALA LUMPUR: Seramai 85 gelandangan diselamatkan menerusi satu operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi di beberapa kawasan hotspot di ibu negara pada Sabtu.
Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan, operasi itu dilaksanakan bagi membendung kebanjiran gelandangan demi meningkatkan imej eksklusif Bandaraya Kuala Lumpur menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Operasi bersepadu itu juga bersifat sebagai serampang dua mata bagi memberikan peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.
"Antara kawasan hotspot yang menjadi tumpuan operasi adalah sekitar Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Brickfields dan Bangkok Bank.
"Seramai 85 gelandangan diambil untuk pemeriksaan selanjutnya oleh pelbagai agensi berkaitan," kata jabatan itu dalam kenyataan itu di laman Facebooknya.
Jabatan Wilayah Persekutuan turut memaklumkan, operasi pelbagai agensi itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Parang Abai@ Thomas.
Turut serta, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Zulkifli Muhammad dan Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi Jabatan Wilayah Persekutuan, Mohd Sharif Mohamad Yaakob. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 16 2024

Operasi ini dijalankan bagi membendung kebanjiran gelandangan demi meningkatkan imej eksklusif Bandaraya Kuala Lumpur

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam
Polis mengesahkan menahan seorang wanita gelandangan warganegara Rusia yang tiada pengenalan diri di Setia Alam, di sini pada Rabu.

Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Gelandangan dirikan khemah tanda protes berhampiran dataran Bastille
Puluhan khemah didirikan di dataran, hanya beberapa meter dari gelanggang Olimpik yang disediakan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Gelandangan baling batu dekat stesen monorel direman 3 hari
Seorang gelandangan yang ditahan selepas dipercayai melempar batu di Stesen Monorel Imbi direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tawar sesi padanan kerja
Sebanyak 84 gelandangan yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai.

50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.

85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.

Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.