GEORGE TOWN: Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Jalan Magazine, di sini bukan sahaja menyediakan tempat berteduh kepada gelandangan namun turut membantu dari sesi padanan kerja.
Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, pihaknya membantu mencari pekerjaan sesuai kepada gelandangan bagi membolehkan mereka mengubah taraf kehidupan dan kembali semula kepada masyarakat.
Beliau berkata, sebanyak 84 gelandangan berusia 30 hingga 50 tahun yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai sejak September tahun lepas hingga Khamis.
"Mereka yang memperoleh pekerjaan dapat kembali ke dalam sistem masyarakat semula dan bagi tempoh sama, penghuni di situ ialah sebanyak 333 orang, 290 daripadanya telah keluar dengan 84 daripada telah memperoleh pekerjaan manakala baki masih menghuni 44 orang.
"Mereka kembali bekerja selepas sesi padanan kerja dan antaranya menjadi pengawal keselamatan dan pencuci bangunan serta telah memperoleh pendapatan sendiri untuk meneruskan kehidupan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen kitar semula di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.
Lim berkata, Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang yang beroperasi sejak Ogos tahun lepas itu telah membantu mengurangkan jumlah gelandangan di kawasan pusat bandar George Town.
Kita belum menjadi negeri sifar gelandangan kerana bukan mudah untuk mencapai perkara ini, tetapi dengan adanya pusat ini jumlah gelandangan yang menghuni stesen-stesen bas dan kaki lima di pusat bandar telah berkurangan," katanya.
Sementara itu, Lim berkata, stesen kitar semula yang dilancarkan di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang itu merupakan langkah penting untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan.
Katanya, pada peringkat awal, pusat kitar semula itu akan beroperasi untuk kegunaan penghuni di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tersebut dan memberi tunjuk ajar serta latihan bagi memastikan mereka memahami dengan baik tentang amalan kitar semula.
"Setelah asas yang kukuh dibina, pusat ini akan dibuka kepada orang awam untuk hari kutipan mingguan yang ditetapkan dan akses awam ini menandakan kejayaan penghuni dalam mengamalkan tabiat pengasingan sisa yang bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang yang beroperasi sejak Ogos tahun lepas itu telah membantu mengurangkan jumlah gelandangan di kawasan pusat bandar George Town. - Gambar PTGPP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam
Polis mengesahkan menahan seorang wanita gelandangan warganegara Rusia yang tiada pengenalan diri di Setia Alam, di sini pada Rabu.

Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Gelandangan dirikan khemah tanda protes berhampiran dataran Bastille
Puluhan khemah didirikan di dataran, hanya beberapa meter dari gelanggang Olimpik yang disediakan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Gelandangan baling batu dekat stesen monorel direman 3 hari
Seorang gelandangan yang ditahan selepas dipercayai melempar batu di Stesen Monorel Imbi direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tawar sesi padanan kerja
Sebanyak 84 gelandangan yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai.

50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.

85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.

Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.