KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyasarkan 50,000 penyertaan dari seluruh negara dalam program Pasport 50WP, bermula 1 Okt lepas hingga 25 Feb tahun depan.
Program 'road map challenge' atau cabaran peta jalan itu mengajak orang ramai untuk meneroka 50 lokasi (checkpoints) bersejarah, tersembunyi (unsung places) dan memukau (hidden gems) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Ketua Pengarah JWP Datuk Noridah Abdul Rahim dalam kenyataan kepada Bernama berkata program sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Persekutuan tahun depan itu turut bertujuan meningkatkan perasaan sayang serta rasa kekitaan dalam menikmati keindahan, keunikan dan kepelbagaian Wilayah Persekutuan.
"Visi program ini adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara masyarakat dengan Wilayah Persekutuan sambil mempromosikan pertumbuhan dan perkembangan sektor pelancongan domestik.
"Ia juga menggalakkan komuniti untuk terlibat aktif dalam menikmati kesejahteraan dan kemajuan yang telah dicapai sepanjang setengah abad, yang merupakan hasil sumbangan daripada setiap individu di dalamnya," katanya.
Noridah berkata Pasport 50WP diharap dapat mencipta momentum berterusan bagi sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan.
"Apabila pelancongan domestik meningkat, ekonomi tempatan juga akan menerima manfaatnya khususnya kepada sektor berkaitan dengan hospitaliti, makanan dan perkhidmatan.
"Ia juga diharapkan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai sejarah dan warisan Wilayah Persekutuan sekali gus lebih ramai rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar Wilayah Persekutuan, berkunjung dan meneroka pelbagai tarikan yang ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program berkenaan dengan melayari laman sesawang JWP di www.jwp.gov.my atau menerusi emel di pasport50wp@jwp.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Program 'road map challenge' itu mengajak orang ramai untuk meneroka 50 lokasi (checkpoints) bersejarah, tersembunyi (unsung places) dan memukau (hidden gems) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Lestari Niaga@Kuala Lumpur: Kompleks Makan Tanglin kini lebih tersusun, ceria, selesa
Kompleks Makan Tanglin adalah satu daripada 63 pusat penjaja di Wilayah Persekutuan yang berjaya dinaik taraf sepenuhnya di bawah Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur.

50 tahun Wilayah Persekutuan iktiraf kemajuan, kelestarian, keunikan serta perkukuh perpaduan
Sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penganjuran Karnival Santai Keluarga 50WP dan Temu DBKL sebagai kemuncak sambutan di Taman Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur.

85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.

JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.

Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.

Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Permohonan Residensi Wilayah dibuka pada program Madani Rakyat Zon Tengah
Jabatan Wilayah Persekutuan akan membuka permohonan bagi projek perumahan mampu milik di bawah inisiatif Residensi Wilayah pada Program Madani Rakyat Zon Tengah yang bermula 23 hingga 25 Feb.

Penyelesaian unik bagi isu setiap Wilayah Persekutuan diumumkan - Dr Zaliha
Isu-isu berkaitan akan diselesaikan mengambil kira peranan berbeza yang dimainkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam memaparkan imej negara.

Jabatan Wilayah Persekutuan sasar 50,000 peserta 'Pasport 50WP'
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyasarkan 50,000 penyertaan dari seluruh negara dalam program Pasport 50WP.