SEREMBAN: Seorang bekas akauntan maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu, mangsa Poh Seng Hiap, 55 tahun, yang sudah tidak lagi bekerja ditikam di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat tragedi itu daripada anak perempuan mangsa berusia 18 tahun yang juga saksi kejadian berkenaan.
“Kira-kira pukul 4.34 petang tadi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima panggilan Mers 999 daripada anak si mati yang memaklumkan kejadian itu, dan suspek dipercayai adalah isteri mangsa.
“Kejadian berlaku di sebuah rumah banglo di Jalan RK 6/2, Rasah Kemayan Golf & Country Township, Seremban dan pemeriksaan awal pada tubuh si mati terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, mangsa dan isteri mempunyai empat orang anak yang mana ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian.
“Susulan laporan dan siasatan awal, pihak polis telah menahan isteri suspek yang juga berusia 55 tahun dan tidak bekerja di lokasi kejadian berkenaan.
“Rampasan sebilah senjata yang dipercayai digunakan juga telah dibuat ditempat kejadian,” tambahnya.
Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat esok selain permohonan terhadap suspek juga akan dilakukan esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jan 23 2022
Anggota polis menahan suspek di lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki maut dipercayai ditikam isterinya di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2, Seremban, 23 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Dua pembunuh termuda di UK dipenjara seumur hidup, bunuh mangsa dengan parang
Dua pembunuh itu membunuh mangsa dengan ditikam di jantung dan mengalami patah tengkorak di padang permainan Stowlawn, Wolverhampton.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Lapan cedera pada hari kedua karnival London
Dua daripada mereka yang ditikam berada dalam keadaan kritikal.
Tiga maut, empat parah ditikam secara rambang di Jerman
Polis sahkan seorang lelaki bersenjata pisau menikam secara rambang orang ramai yang lalu lalang di sebuah festival.
Turkiye: 5 cedera ditikam lelaki disyaki ketagihan permainan video
Lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Arda K telah ditahan selepas insiden yang berlaku di Eskisehir.
Kanak-kanak perempuan dan wanita ditikam di Leicester Square, suspek ditahan
Kedua-dua mangsa dibawa ke pusat trauma utama selepas serangan di kawasan tumpuan pelancong itu pada Isnin.
Pegawai polis cedera parah ditikam lelaki di Champs Elysees
Menurut polis, penyerang mengalami kecederaan parah dan tiada motif pengganas pada peringkat ini.
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.