Penahanan Ade Dwy Ansyah, 28, dibuat hanya selepas 17 jam pembebasannya dari penjara selepas dia dijemput ibu bapanya dari Lapas Barelang.
"Dia sempat pulang ke rumah keluarganya sebelum bertemu rakannya, Noval Diansyah, 25.
"Siasatan awal mendapati Ade Dwy dan Noval mahu membeli dadah di Kampung Aceh.
"Ketika Ade Dwy sedang membaiki rantai motosikalnya, Kamarul menghamburkan kata-kata makian terhadapnya," kata jurucakap polis, Heribertus Ompusunggu pada Rabu.
Beliau berkata, berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
"Dua tusukan pada bahagian dada menyebabkan Kamaraul menggelupur sebelum meninggal dunia," ujarnya lagi.
Susulan insiden itu, kedua-dua suspek telah diberkas dan Ade Dwy kembali menjadi penghuni 'tirai besi' kerana terlibat kes pembunuhan yang sadis. - Sinar Harian memetik agensi