KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan kesalahan membawa lari pesalah trafik yang terlibat dengan kemalangan maut pada 14 Ogos lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh, suspek membawa lari pesalah yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kesalahan melindungi pesalah ini boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi seorang pesalah dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun dan dikenakan denda bagi kesalahan di atas.
"Sebagai makluman, ini merupakan kes pertama di Malaysia bagi penguatkuasaan trafik menuduh pesalah di bawah seksyen tersebut.
"Suspek dan pesalah yang dilarikan masing-masing bekerja sebagai penghantar makanan dan pengawal keselamatan serta kedua-duanya bekerja separuh masa sebagai 'call man'," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, kemalangan pada 14 Ogos lalu itu melibatkan sebuah kereta melanggar dua buah lori yang berhenti di lorong kanan bagi kerja-kerja penurapan di Jalan Mahameru dari arah Jalan Duta ke Jalan Semantan, ibu negara.
Jelasnya, kejadian itu berlaku apabila kereta berkenaan melanggar papan amaran yang diletakkan di belakang lori berkenaan dan terbabas ke dalam kawasan pembaikan jalan seterusnya melanggar sebuah lori dan mesin 'stroller'.
"Akibat pelanggaran itu, mesin 'stroller' tersebut telah terpelanting dan terkena kepada tiga pekerja yang sedang melakukan kerja penurapan tersebut.
"Mangsa maut ditempat kejadian manakala dua lagi rakannya mengalami kecederaan," katanya.
Sehubungan itu, Sarifudin menegaskan pihaknya memandang serius perkara ini dan memberi amaran supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya membawa lari individu yang terlibat dengan kemalangan maut dengan tujuan untuk melindungi pesalah tersebut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai Polis berhampiran.
Afiezy Azaman
Thu Sep 02 2021

Kejadian kemalangan maut di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu. - Foto ihsan PDRM

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.