MUAR: Kementerian Perladangan dan Komoditi berharap lebih banyak loji biogas berpusat dapat diwujudkan oleh pemain industri dalam usaha memaksimumkan penggunaan sisa kelapa sawit bagi diproses untuk janaan tenaga boleh diperbaharui.
Timbalan menterinya Datuk Chan Foong Hin berkata kemudahan itu mampu menjadi kaedah terbaik kepada sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia menerusi penggunaan teknologi canggih terutama dalam menukar air kumbahan mentah minyak sawit kepada tenaga bersih.
"Biogas dalam penjanaan tenaga adalah satu agenda transformasi antara pertanian dan teknologi yang semakin berkembang dan dalam konteks ini, loji berpusat semakin menjadi keperluan kerana kelapa sawit merupakan satu industri yang sangat besar di Malaysia.
"Jadi mewujudkan satu pusat biogas di tengah-tengah kawasan antara beberapa pemilik ladang kelapa sawit ini secara tidak langsung membawa kepada skala ekonomi yang lebih optimum dan menjimatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Biogas Berpusat Pertama di Malaysia di Bukit Pasir di sini pada Khamis.
Beliau berkata kawasan tertentu seperti Pagoh dan Muar dilihat sangat sesuai untuk mempunyai loji berpusat sedemikian kerana terdapat beberapa kilang sawit yang berada dalam radius 70 kilometer, yang lebih memberikan kos efektif kepada pengusaha kelapa sawit dalam menguruskan sisa kelapa sawit untuk dijadikan biogas.
Chan berkata kaedah loji berpusat itu juga diharap dapat menggalakkan pemain industri supaya lebih cenderung membuat pelaburan bagi projek berasaskan penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
Beliau berkata projek pertama melibatkan kerjasama antara Text Cycle Technology (M) Bhd, Green Lagoon Technology Sdn Bhd, Sime Darby Plantation dan Hok Huat Group itu juga mampu menjadi perintis kepada pembangunan teknologi janaan tenaga boleh diperbaharui menerusi sisa kelapa sawit di negara ini.
Dalam pada itu, loji biogas 3.5 megawatt itu telah menyumbangkan lebih 1.6 juta kilowatt-jam kepada grid nasional sejak April lepas.
Chan berkata loji berpusat itu bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, tetapi juga membantu meningkatkan ekonomi setempat dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta keselamatan tenaga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Chan berkata kemudahan itu mampu menjadi kaedah terbaik kepada sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.

Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.