BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pertama ke Thailand membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala dan menjalin kerjasama strategik yang lebih kukuh antara Putrajaya dengan Bangkok.
Lawatan julung kalinya ke Thailand selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas itu dilihat bakal membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Sebagai dua negara jiran yang dekat, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand sentiasa memastikan hubungan kerjasama yang erat dan utuh ini dapat dikekalkan bagi kepentingan bersama kedua-dua negara.
"Lawatan rasmi pertama saya ke Thailand ini membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam mengukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam fasa pemulihan COVID-19.
"Perbincangan saya dan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha turut menyentuh kerjasama Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan buruh, selain terus ingin meneroka bidang kerjasama baharu," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini pada Sabtu, hari akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Thailand.
Perdana Menteri percaya perkara-perkara yang dibincangkan pada pertemuan dengan rakan sejawatannya itu akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seterusnya menyumbang ke arah pemantapan hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dengan Thailand.
Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Ismail Sabri tiba di Bangkok, Thailand pada Khamis lepas atas jemputan Prayuth.
Lawatan itu adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.
Perdana Menteri berkata Malaysia dan Thailand juga mahu nilai perdagangan antara kedua-dua negara meningkat kepada AS$30 bilion menjelang 2025.
Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.
Lawatan rasmi itu juga menyaksikan Malaysia dan Thailand bersetuju secara dasar untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara, darat dan laut, selain bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 masing-masing - mySejahtera dan Mor Phrom.
Malaysia dan Thailand turut bersetuju meneroka peluang kerjasama dalam kajian serta penyelidikan vaksin COVID-19 dan juga vaksin-vaksin lain.
Selain itu, Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan laluan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama yang melibatkan serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Ismail Sabri (tengah) ketika menjawab soalan pada sidang media bersama pengamal media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Thailand hari ini. -Bernama
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.