KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Boy Iman memberitahu akan terus melawan dan berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret di sini.
Ketika ditemui media selepas sebutan kesnya pada Selasa, Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, berkata, representasi berkaitan pertuduhan kes akan dihantar dalam masa terdekat.
“Lawan tetap lawan, saya akan arahkan peguam untuk memfailkan representasi berkenaan,” katanya.
Semasa prosiding, Majistret, Noorelyanna Hanim Abdul Halim menetapkan 17 Julai depan bagi pengurusan kes Boy Iman dan tiga lagi individu atas pertuduhan itu.
Pada 25 April lalu, Boy Iman, Nor Azmi Jantan, 49; Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakannya dalam urusan penyewaan tapak Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di WTC pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebelum ini, media melaporkan, karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung di WTC April lalu, dibatalkan pada saat akhir selepas penaja utama menarik diri.
Ini menyebabkan peniaga-peniaga yang membuat tempahan gerai jualan itu kecewa kerana tidak dapat menjalankan perniagaan masing-masing.
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023
!['Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman 'Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686641165_TBBOYIMANTIPU.jpg)
Boy Iman (kiri) memakai kurta hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa bagi sebutan kes menipu seorang wanita berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya yang dikenakan terhadapnya. - Foto Sinar Harian
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689569952_BoyIman.jpg)
Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Pelakon dan penerbit Boy Iman serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan itu.
![CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687505109_MuhammadAlif.jpg)
CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya
Seorang CEO sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya.
!['Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman 'Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686641165_TBBOYIMANTIPU.jpg)
'Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman
Pelakon dan penerbit, Boy Iman memberitahu akan terus melawan dan berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.
![Boy Iman antara 4 didakwa tipu urusan jual tapak Hooray X Fest Raya Boy Iman antara 4 didakwa tipu urusan jual tapak Hooray X Fest Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682406061_BoyImanMahkamah.jpg)
Boy Iman antara 4 didakwa tipu urusan jual tapak Hooray X Fest Raya
Pelakon dan penerbit Boy Iman antara empat individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.
![Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612951080_DatukFaridKamil.jpg)
Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman
Penarikan semula gelaran berkenaan berkuat kuasa 1 Februari lalu.
![Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532347224_boy.jpg)
Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman
Pelakon dan pengarah urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman atau Boy Iman mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa memeluk penyanyi Ifa Raziah.
![Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522992063_BoyIman.jpg)
Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan
UM membuat kenyataan bahawa tiada pendaftaran atas nama Noruliman Rahman atau dikenali sebagai 'Boy Iman' sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan)
![Kes penipuan projek banglo: Pelakon berpangkat Datuk direman lagi Kes penipuan projek banglo: Pelakon berpangkat Datuk direman lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516866384_boyiman.jpg)
Kes penipuan projek banglo: Pelakon berpangkat Datuk direman lagi
Seorang pelakon berpangkat Datuk telah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.
![Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single 'Malas Nak Layan' Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single 'Malas Nak Layan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515150367_boyiman.jpg)
Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single 'Malas Nak Layan'
Boy Iman memaklumkan dia akan melancarkan single berjudul Malas Nak Layan, tidak lama lagi.
![Pelakon dan usahawan ditahan polis bantu siasatan kes penjualan rumah Pelakon dan usahawan ditahan polis bantu siasatan kes penjualan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435017728_Gari.jpg)
Pelakon dan usahawan ditahan polis bantu siasatan kes penjualan rumah
Seorang pelakon dan usahawan berpangkat Datuk dan dua lagi rakannya ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah.