KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu.
Muhammad Alif Hakim Jamal, 23, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja putih membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marisqa Khalizan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak festival itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Ia mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500 sedangkan dia tidak akan bertindak sedemikian, jika tidak diperdayakan, di WTCKL pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noraisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, Zamri Idrus yang mewakili tertuduh memohon kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya menghadap penyakit buah pinggang dan perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Marisqa membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, pihak polis telah menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung pembatalan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya pada saat-saat akhir.
Karnival sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula 19 April sehingga 21 April lalu di WTCKL dibatalkan selepas penaja utama menarik diri.
Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.
Pada 25 April lalu, empat individu termasuk pelakon, Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman, 43, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan kes sama. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 23 2023

Muhammad Alif (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas satu pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu. - Foto Sinar Harian
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya
Seorang CEO sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya.