KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit Boy Iman serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan itu.
Peguam Johan Ariff Salim Khan yang mewakili Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, dan Nor Azmi Jantan, 49, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan representasi tersebut kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat.
"Pihak kami baharu sahaja dilantik dan akan memasukkan representasi untuk kedua-dua anak guam kami. Oleh itu, mohon satu tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah," katanya ketika sebutan kes di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Noraisyah Mohamed Zanyuin.
Sementara itu, peguam Muhamad Izhar Azmi mewakili Norazah Sahud dan Norzana Rapie @ Rafie, masing-masing berusia 51 tahun, yang turut berdepan pertuduhan sama, berkata pihaknya mengemukakan representasi kepada pendakwaan pada 13 Julai lepas berkaitan pertuduhan itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pada 25 April lepas, Boy Iman dan tiga individu terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan 'booth' atau penyewaan tapak Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, sehingga menyerahkan RM1,500 di WTC pada 2.34 pagi, 19 April lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Boy Iman (dua, kiri) serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Boy Iman, pengurus syarikat akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Pelakon dan penerbit Boy Iman serta seorang pengurus syarikat yang didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan itu.

CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya
Seorang CEO sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya.

'Lawan tetap lawan, fail representasi tuduhan menipu' - Boy Iman
Pelakon dan penerbit, Boy Iman memberitahu akan terus melawan dan berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.

Boy Iman antara 4 didakwa tipu urusan jual tapak Hooray X Fest Raya
Pelakon dan penerbit Boy Iman antara empat individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.

Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman
Penarikan semula gelaran berkenaan berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman
Pelakon dan pengarah urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman atau Boy Iman mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa memeluk penyanyi Ifa Raziah.

Universiti Malaya nafi 'Boy Iman' daftar dalam PhD Pentadbiran Perniagaan
UM membuat kenyataan bahawa tiada pendaftaran atas nama Noruliman Rahman atau dikenali sebagai 'Boy Iman' sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan)

Kes penipuan projek banglo: Pelakon berpangkat Datuk direman lagi
Seorang pelakon berpangkat Datuk telah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Giliran Boy Iman pula jadi penyanyi, bakal lancar single 'Malas Nak Layan'
Boy Iman memaklumkan dia akan melancarkan single berjudul Malas Nak Layan, tidak lama lagi.

Pelakon dan usahawan ditahan polis bantu siasatan kes penjualan rumah
Seorang pelakon dan usahawan berpangkat Datuk dan dua lagi rakannya ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan penipuan jualan rumah.