JOHOR BAHRU: Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Taman Abad, di sini, pada 14 Jun lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata penahanan dilakukan di inap desa dan pangsapuri di sekitar Wadihana, Kempas Utama dan Taman Abad, di sini, iaitu pada hari sama kejadian tembakan berlaku.
Beliau berkata lapan individu itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 20 hingga 40 tahun.
"Polis turut merampas tiga pistol, empat objek menyerupai pistol, 141 peluru hidup, pisau, gari dan pelbagai peralatan polis selain bahan disyaki dadah serta kad kuasa polis palsu.
"Kad kuasa polis itu atas nama seorang daripada suspek (penjenayah) yang ditembak mati. Mereka dipercayai menggunakan kad kuasa polis itu untuk aktiviti penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kumar berkata tiga daripada tujuh warga tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, manakala tiga lagi mempunyai rekod dadah.
Beliau berkata seorang daripada penjenayah berusia 42 tahun yang maut ditembak sebelum ini dipercayai merupakan ketua sindiket itu.
Menurut Kumar secara keseluruhan enam pistol, 167 peluru hidup serta dadah bernilai RM96,082 berjaya dirampas menerusi kejadian tembakan dan serbuan yang dilakukan.
"Dadah dirampas antaranya ialah syabu seberat 99.76 gram (g), ganja (1,126.13g), pil ekstasi (249.88g), pil yaba (198.61g), pil eramin 5 (50.50g), serbuk ekstasi (50.49g) dan heroin (49.66g)," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penaliti Lebih Berat) 1971; Seksyen 307 Kanun Keseksaan; Seksyen 8(a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960; Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958; Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kejadian dua penjenayah berusia 42 dan 40 tahun yang maut ditembak itu berlaku ketika mereka diekori sepasukan polis daripada Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Dalam kejadian pada 5.04 petang itu, penjenayah terbabit yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima bertindak melepaskan tembakan selepas menyedari diekori dan insiden berbalas tembakan berlaku sehingga kedua-duanya terkena tembakan dan maut di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

M Kumar berkata penahanan dilakukan di inap desa dan pangsapuri di sekitar Wadihana, Kempas Utama dan Taman Abad, di sini, iaitu pada hari sama kejadian tembakan berlaku. - Gambar FB Polis Johor

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.