MAKKAH: Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baharu selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia), Rabu ini.
Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu.
Pengarah Operasi Maktab Mohd Sawal Abong berkata bagi memudahkan urusan pulang jemaah haji berkenaan, pihak Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan mengadakan city check-in, iaitu penghantaran bagasi untuk proses daftar masuk di maktab penginapan masing-masing.
"Jemaah haji tidak perlu untuk menimbang bagasi di lapangan terbang, sebaliknya dibuat di tempat penginapan masing-masing bagi keselesaan mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses city check-in di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di sini hari ini.
Beliau berkata setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi seberat 30 kilogram, selain dilarang membawa pulang air zamzam seperti ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.
Menurutnya setiap jemaah haji akan diberikan lima liter air zamzam setibanya mereka di tanah air.
Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Madinah pada 31 Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Setiap jemaah haji dibenarkan membawa bagasi seberat 30 kilogram, selain dilarang membawa pulang air zamzam seperti ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air
Kumpulan yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi.

Separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia sempurnakan Nafar Awwal
Baki separuh lagi kumpulan jemaah akan menyempurnakan Nafar Thani, melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik pada 13 Zulhijjah nanti.

Sempat berwukuf, jemaah kelapan Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Jemaah kelapan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang Ahad akibat serangan jantung.

Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.

Jemaah Malaysia perlu jadi contoh dalam soal kebersihan - Mohd Na'im
Jemaah haji Malaysia sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang berdisplin serta berilmu dalam pelbagai aspek.

Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.

Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Mana-mana jemaah yang mendaftar dengan agensi pelancongan perlu mendapat surat tawaran mengerjakan haji daripada TH.

Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.

Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.