PETALING JAYA: Kumpulan kedua MALBATT Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi pengaman dan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kumpulan kedua itu terdiri daripada 16 pegawai dan 193 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta tujuh anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-11, Lt Kol Zainol Abdul Samad.
Beliau berkata pemergian kumpulan kedua itu amat penting dalam usaha merealisasikan komitmen ATM selaku misi pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB, khususnya di Lubnan.
"Penglibatan ATM melalui Kontinjen MALBATT di Lubnan ini jelas berjaya mendapat pengiktirafan dan kepercayaan antarabangsa.
"Peranan dan penglibatan ini membuktikan Malaysia sangat komited dalam melaksana misi bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan, demi memastikan keamanan dan keselamatan sejagat dipertahankan," katanya ketika berucap pada Majlis Penghantaran Kumpulan Kedua MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, di sini hari ini.
ADLY-MALBATT 2 (AKHIR) PETALING JAYA
Beliau berkata MALBATT 850-11 telah menjalani latihan khusus selama tiga bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.
"MALBATT 850-11 telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-10 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat 12 bulan," katanya.
Adly berkata MALBATT 850-11 diaturgerakkan secara berperingkat menerusi empat kali penerbangan menggunakan pesawat Air Asia, dengan penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 dilaksanakan pada 2 Nov lepas, Kumpulan Ke-3 pada 12 Nov depan dan penghantaran Kumpulan Ke-4 empat hari kemudian.
Beliau berkata penugasan kali ini dilihat lebih mencabar ekoran konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Okt lepas.
Jelasnya konflik ini dilihat semakin tegang di antara kedua-dua pihak yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda.
"Sudah pasti konflik ini akan memberi kesan kepada situasi keselamatan di selatan Lubnan dan menjejaskan pengoperasian Kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 sekiranya ia berpanjangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (kanan) bersalaman bersama Anggota Kumpulan Kedua MALBATT 850-11 ke Lubnan pada majlis penghantaran kumpulan tersebut di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman berlepas ke Lubnan
Kumpulan kedua MALBATT 850-11 bagi misi pengaman dan kemanusiaan PBB di Lubnan, berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Shah Alam, hari ini.
Penghantaran tentera Malaysia ke Lubnan tiada kaitan Perang Palestin-Israel - Mohamad Hasan
Malbatt 850-11 adalah sebahagian misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).
Pingat PNBB kepada MALBATT 850-10 pengiktirafan buat pasukan tentera negara - Mohamad
Ia merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.
Kerajaan teliti situasi COVID-19 sebelum buat keputusan penganjuran LIMA, DSA - Hishammuddin
Banyak perbincangan perlu diadakan dengan pihak industri dan berkepentingan termasuk dari luar negara bagi mengetahui status pembabitan mereka dalam pameran itu.
Mat Sabu menjejakkan kaki di bumi Lubnan...
Mohamad Sabu buat julung kalinya menjejakkan kaki di kem tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan sebagai Menteri Pertahanan.
Pengaman Malaysia sambut Aidiladha secara sederhana di Beirut
Walaupun menjalankan tugas menjaga keamanan, anggota dan pegawai MALBATT tidak ketinggalan melaksanakan perintah dan tanggungjawab agama, termasuk ibadah korban.
MALBATT wujudkan keseimbangan hubungan komuniti dan operasi misi keamanan
Peranan pasukan Pengaman Malaysiabukan sahaja diperlukan komuniti dan masyarakat Lubnan di sini malah penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam operasi Pasukan InteriM PBB di Lubnan.
MALBATT 850-4: Misi pengaman dapat pengiktirafan antarabangsa
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mahu pasukan Pengaman Malaysia 850-4 ke Lubnan meneruskan tradisi kecemerlangan untuk menyambung misi Pasukan Interim PBB di Lubnan.
"Saya nak berani macam bapa" - Anak wira Black Hawk Down
Mat Aznan merupakan wira negara yang terkorban dalam perempuran Bakara Market atau dikenali sebagai Black Hawk Down, di Somalia pada 1993.