KUALA LUMPUR: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 yang bertugas di Lubnan semalam merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penganugerahan itu bukti kecemerlangan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Kontinjen MALBATT 850-10 dalam menggalas tugas serta amanah sebagai pasukan pengaman di Lubnan.
"Ia merupakan suatu lagi bentuk pengiktirafan akan kemampuan anggota tentera kita yang sering diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga saya kepada seluruh anggota Kontinjen MALBATT 850-10 atas penganugerahan pingat PNBB. Saya doakan semoga keselamatan semua anggota Kontinjen MALBATT 850-10 sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT, Aamiin Ya Rabb," katanya dalam ciapan di akaun Twitter.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Komander MALBATT 850-10 Kolonel Mohd Rizman Ramli dan semua anggota MALBATT ATM (Angkatan Tentera Malaysia) di Lubnan kerana melakukan tugas dengan cemerlang serta mengharumkan nama negara.
Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan memaklumkan perbarisan penganugerahan pingat itu telah diadakan di Padang Kawad Kem Marakah, Selatan Lubnan semalam.
Penganugerahan pingat itu disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL Brigadier Jeneral Roberto Vergori.
Kenyataan itu memaklumkan perbarisan berkenaan membabitkan 20 pegawai termasuk seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan dan 250 anggota lain-lain pangkat melibatkan empat detasmen.
Menurut kenyataan itu, Mohd Rizman mendahului senarai penerima pingat disusuli pegawai kanan dan wakil perkhidmatan.
"Komander bagi setiap kontinjen UNIFIL turut diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada semua anggota Harimau 10," katanya.
MALBATT 850-10, yang terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat daripada ATM termasuk 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan, telah memulakan misi pada 12 Nov tahun lepas dan dijangka menamatkannya pada 12 Nov depan selepas 12 bulan berkhidmat di bawah panji PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penganugerahan itu bukti kecemerlangan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Kontinjen MALBATT 850-10 dalam menggalas tugas serta amanah sebagai pasukan pengaman di Lubnan. - BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pingat PNBB kepada MALBATT 850-10 pengiktirafan buat pasukan tentera negara - Mohamad
Ia merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.