ALOR SETAR: Anak ketiga kepada anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia Sabtu lepas, kerap mencari ibunya sejak semalam.
Adik Allahyarham, Hafyzoh, 21, berkata anak saudaranya itu Nurul Jannah Nor Azmi, 7, yang juga anak istimewa (sindrom Down) sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.
"Kakak (Nurul Jannah) sering mencari ibunya tetapi adiknya, Ainul Mardiah, 4, tahu bahawa ibu mereka telah meninggal dunia dan sudah tiada," katanya ketika ditemui di Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, Tualang, Pokok Sena, di sini hari ini.
Hafyzoh berkata buat sementara waktu dia akan membantu abang iparnya untuk menjaga anak-anak saudaranya terutamanya Nurul Jannah dan Ainul Mardiah.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Faridah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Anwar, Kampung Tengah dengan penuh istiadat ketenteraan pada 10.20 pagi.
Faridah, 39, meninggalkan suami Nor Azmi Ariffin, 39, dan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Anak istimewa Allahyarhamah Sarjan Faridah, Nurul Jannah, 7, mula mencari arwah ibunya. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.

Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.

Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.

Jenazah Sarjan Faridah selamat diterbangkan ke Kedah
Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).