POKOK SENA: Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Faridah, 39, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan serta penduduk tempatan turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Solat jenazah diimamkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam pada jam 9.30 pagi.
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom turut mengiringi serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.
Suasana pilu mengiringi pengebumian Allahyarham Faridah apabila empat anaknya iaitu Nurul Syifa Noor Azmi, 13; Muhammad Afnan Noor Azmi, 10; Nurul Jannah Noor Azmi, 7, yang juga orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dan Ainul Mardiah Noor Azmi, 4, diberi peluang menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir.
Jenazah Faridah dikebumikan berhampiran pusara adiknya, Muhammad Farihan yang meninggal dunia pada 2013 akibat penyakit asma.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar, Kepala Batas pada jam 8.10 pagi sebelum dibawa ke masjid untuk solat jenazah.
Terdahulu, jenazah Faridah selamat diterbangkan ke Pendang, Kedah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 7.04 pagi.
Jenazah beliau sebelum itu tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang selepas selesai solat Subuh.
Jenazah Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam itu disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan ke Pendang, Kedah menggunakan pesawat TUDM C-130H Hercules
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim turut bersama-sama menunaikan solat jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Keputusan awal bedah siasat diperoleh pada 20 Mei lalu mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 25 2024
Jenazah Faridah dibawa ke tanah perkuburan mengikut adat istiadat ketenteraan. - Foto Sinar Harian
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi Selasa.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbincangan Akta Ombudsman Malaysia, lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China sempena ulangtahun ke-50 hubungan dua hala, dan usaha membangunkan Sandakan sebagai destinasi pelayaran jadi tumpuan di Dewan Rakyat.
Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Jenazah Sarjan Faridah selamat diterbangkan ke Kedah
Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).