SEREMBAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Beliau berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
"Kita belum ada (terima) perkembangan ... sebab Filipina membuat nota, kita pun buat nota. Ini hubungan diplomatik. Kita buat nota juga kepada PBB kerana ada nota dari Filipina menyatakan bahawa mereka mengambil kira sempadan laut dari Sabah.
"Bermakna mereka kata Sabah itu mereka punya ... jadi, kita buat nota bantahan kepada PBB kerana penubuhan Sabah, kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia dibuat secara teratur, tersusun dan semua pemimpin bersetuju dan diperakui PBB," katanya kepada pemberita.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia ialah sebuah negara merdeka terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang bergabung menjadi Malaysia yang berdaulat dan berharap pertikaian mengenai Sabah itu tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Media antarabangsa melaporkan, Malaysia menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bagi menyatakan bantahan sekali gus menolak tuntutan Filipina terhadap Sabah.
"Pekara ini biarlah diputuskan di peringkat antarabangsa, kemungkinan sampai ke Mahkamah Antarabangsa, itu terpulang. Malaysia sebuah negara berdaulat, tiada siapa sewenang-wenangnya mengatakan bahawa satu daripada wilayah Malaysia itu merupakan wilayah mereka," kata Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Menteri Luar, Mohamad Hasan bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau 2024 hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.