Aidiladha disambut sederhana tetapi meriah oleh pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) di bumi Beirut dengan mengorbankan sejumlah 149 ekor kambing dan kibas sebagai memenuhi tuntutan agama.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata walaupun sedang menjalankan tugas menjaga keamanan di sini, anggota dan pegawai MALBATT tidak ketinggalan melaksanakan perintah dan tanggungjawab agama, termasuk ibadah korban.
"Kesemua daging korban akan diagihkan ke beberapa penempatan pelarian di sekitar tanggungjawab dan penugasan MALBATT," katanya kepada wartawan Bernama dan RTM di Kem MALBATT Ma’rakah, kira-kira 80 km dari Beirut pada tengah hari Isnin.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan Datuk Mohammad Foad Abdullah, Komander MALBATT 850-3 Kol Reizal Arif Ismail dan Komander 850-4 Kol Nazim Mohd Alim.
Sebelum itu, kesemua mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid di dalam kem ini dengan suasana hiba berjauhan daripada keluarga demi tangunggjawab terhadap bumi Balkan yang bergolak ini.
Mohd Johari berada di Beirut sejak Rabu lepas bersama-sama 215 anggota dan pegawai kumpulan pertama Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Nazim Mohd Alim untuk melihat sendiri kesiapsiagaan dan operasi dikendalikan pengaman negara.
Malbatt 850-4 diketuai komandernya Kolonel Nazim Mohd Alim dengan keseluruhan 850 pegawai dan anggota termasuk dua pegawai dan 28 anggota daripada Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah secara rasminya mengambil alih penugasan dari MALBATT 850-3 di bumi Lubnan.
MALBATT 850-3 diketuai komandernya, Kolonel Reizal Arif Ismail melibatkan 820 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 29 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang kakitangan awam telah diaturgerakkan bagi penugasan mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan tanggungjawab sejak 14 September tahun lepas.
Kerajaan Malaysia telah meluluskan penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak 2007 bagi membantu pasukan pengaman daripada negara lain anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2016
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum (tengah) ketika sambutan Aidiladha di Kem MALBATT Ma'rakah, Lubnan.
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.