KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini dengan lebih positif, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan fasa konsolidasi dalam beberapa sesi sebelumnya, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
FBM KLCI dibuka naik 2.07 mata pada 1,609.39.
Kaunter untung mendahului rugi iaitu 340 berbanding 170 manakala 383 kaunter tidak berubah, 1,507 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 275.18 juta unit bernilai RM132.59 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras itu dijangka bergerak dalam julat 1,610 hingga 1,620 mata pada dagangan hari ini.
"Prospek korporat Malaysia juga semakin positif susulan semakan menaik secara meluas dalam pertumbuhan pendapatan kepada 8.2 peratus bagi 2025 selepas mencatat pertumbuhan 16.1 peratus bagi tahun ini," kata Thong kepada Bernama.
Ketika peniaga menunggu data jualan runcit AS terkini hari ini, Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) memperoleh 189 mata manakala Nasdaq meningkat 168 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi pada 4.28 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mengakhiri keuntungan awal apabila aktiviti pengambilan untung berlaku ketika data ekonomi China mencatat prestasi bercampur-campur.
Dalam pada itu, harga minyak mentah melonjak semula selepas aliran harga minyak mentah Brent menghampiri US$85 setong, disokong oleh prospek permintaan yang bertambah baik.
Saham wajaran tinggi tempatan menyaksikan YTL Power dan Telekom Malaysia masing-masing naik 13 sen kepada RM5.41 dan RM6.65, Sime Darby menokok 3.0 sen kepada RM2.56, IOI Corporation meningkat 4.0 sen kepada RM3.81 dan IHH meningkat 5.0 sen kepada RM6.30.
Bagi kaunter rugi, Nestle susut 90 sen kepada RM123.30, Dutch Lady turun 38 sen kepada RM37.42, Allianz susut 14 sen kepada RM21.88, United Plantations berkurangan 10 sen kepada RM23.90 dan Unisem susut 9.0 sen kepada RM4.28.
Kaunter paling aktif menyaksikan Divfex menambah setengah sen kepada 20.5 sen, Harvest Miracle Capital meningkat 1.0 sen kepada 10.5 sen, K-One Technology naik 3.0 sen kepada 30 sen, ATA IMS naik 10 sen kepada 44.5 sen dan MYEG menambah 2.0 sen kepada RM1.07.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 33.56 mata kepada 12,420.01, Indeks FBMT 100 naik 29.77 mata kepada 11,977.56 dan Indeks FBM Emas Shariah meraih 36.10 mata kepada 12,763.59.
Indeks FBM 70 meraih 37.68 mata kepada 18,188.50 manakala Indeks FBM ACE naik 40.80 mata kepada 5,943.28.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.52 mata kepada 17,597.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.23 mata kepada 200.62, Indeks Tenaga naik 8.01 mata kepada 995.91 dan Indeks Perladangan menambah 26.37 mata kepada 7,034.87.
Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena sambutan Aidiladha.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas. -Gambar fail/Dagang News
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sentimen kukuh global
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam.