PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 14,417 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 bagi tempoh 10 hingga 19 Jun lepas.
Timbalan Pengarah JPJ Selangor Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata jumlah itu melibatkan saman sebanyak 11,118 notis, larangan penggunaan kenderaan (1,338), arah periksa kenderaan (1,407) dan penahanan kenderaan sebanyak 554 notis.
"Kesalahan paling banyak direkodkan ialah isu teknikal iaitu 4,697 kes, diikuti tiada lesen memandu kompeten (3,022), lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,320), tiada perlindungan insurans (1,893) dan selebihnya lain-lain kesalahan.
"Op HRAA 2024 akan dilaksanakan hingga 30 Jun bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya," katanya kepada pemberita selepas Op HRAA di Plaza Tol Sunway di sini malam tadi
Mengenai Op HRAA 2024 di plaza tol tersebut yang dijalankan kira-kira empat jam bermula 8 malam, Ahmad Kamarunzaman berkata 318 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan terhadap 1,220 kenderaan.
Menurutnya pelbagai kesalahan direkodkan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan motor tamat tempoh, kesalahan teknikal serta cermin gelap.
"JPJ mengeluarkan 261 saman dan menyita 23 kenderaan, manakala 18 kenderaan lain diarah periksa selain 16 notis larangan penggunaan kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
Ahmad Kamarunzaman (kiri) ketika membuat pemeriksaan dokumen kenderaan pada Ops Khas sempena Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 di Plaza Tol Sunway malam tadi. --fotoBERNAMA
Pementasan naskhah agung Sulalatus Salatin langkah berani - JKKN
Pementasan karya agung itu juga membuka peluang kepada golongan muda menghayati naskhah hebat dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
Daftar pemilih tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula semalam hingga 18 Januari 2025.
Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyeru orang ramai untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Hari Natal yang bakal disambut pada 25 Disember ini.
Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Wildlife Crime Bureau (WCB) dan Pasukan Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya melaksanakan dua operasi berasingan melibatkan rampasan senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubat-ubatan tanpa kelulusan.
Haramkan TikTok bagi 16 tahun ke bawah jika masih gagal pastikan kandungan selamat - Sivaraj
Kerajaan dicadangkan untuk mempertimbangkan pengharaman penggunaan TikTok kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah sekiranya platform itu masih gagal memastikan kandungan yang selamat.
Perayaan Krismas: 2.55 juta kenderaan dijangka banjiri lebuh raya utama
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan terdapat peningkatan trafik di lebuh raya utama seawal Jumaat (20 Disember terutamanya bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
[TERKINI] Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kenyataan KPT menyusul susulan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM).
[TERKINI] Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri.
Kurang dana, One Love Music Festival batal saat akhir
Pihak penganjur, Tuff KL, memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan berjanji untuk mengembalikan wang pembeli tiket.
Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.