Peranan pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT) bukan sahaja diperlukan komuniti dan masyarakat Lubnan di sini malah penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil).
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata pengiktirafan itu dizahirkan sendiri Ketua Misi dan Pegawai Pemerintah Pasukan Unifil Mej Jen Michael Beary hasil pertemuan mereka di ibu pejabat Unifil pada lewat petang Jumaat.
"Beliau amat berpuas hati dengan peranan pengaman kita dan berharap kita boleh terus berada di sini. Daripada laporan yang saya terima, Malaysia memainkan penting khasnya melalui penglibatan langsung bersama-sama masyarakat dan komuniti Lubnan seperti dalam bidang perubatan, pendidikan dan kebudayaan.
"Kesemua ini diambil kira pengurusan Unifil yang pada masa sama memberi imej baik kepada mereka dalam menjayakan misi keamanan secara bersama-sama," katanya kepada wartawan Bernama dan RTM di ibu pejabat Unifil, di Nacoura, kira-kira 100 km dari Beirut dan tiga kilometer dari pagar teknikal yang memisahkan Lubnan dan Israel.
Mohd Johari berkata operasi misi keamanan memerlukan penglibatan dan hubungan erat bersama-sama komuniti dan masyarakat Lubnan dan di sinilah Unifil percaya, Kuala Lumpur mempunyai kelebihan dan pengalaman yang luas untuk menjayakan misi tersebut.
Mohd Johari berada di Beirut sejak Rabu lepas bersama 215 anggota dan pegawai kumpulan pertama Malbatt 850-4 yang diketuai Kolonel Nazim Mohd Alim untuk melihat sendiri kesiapsiagaan dan operasi dikendalikan pengaman negara.
MALBATT 850-4 dengan keseluruhan 850 pegawai dan anggota termasuk dua pegawai dan 28 anggota daripada Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat.
Penghantaran kedua dan ketiga akan dilaksanakan pada 14 Sept dan 20 Sept ini manakala kumpulan terakhir pada 26 Sept.
Mohd Johari turut melakukan kunjungan hormat ke atas Komander Sektor Barat Unifil Brig Jen Arturo Nitti di Shama Camp, United Nations Position (UNP) 2-3 di sini yang antara lain bertujuan saling bertukar pandangan dan idea bagi memantapkan kerjasama antara kedua-dua pasukan dalam misi keamanan ini.
Nitti ketika ditemui menyifatkan penglibatan pengaman Malaysia sangat penting dalam menjayakan misi termasuk bantuan kemanusiaan dan operasi pemantauan keselamatan.
"Kami mempunyai kerjasama yang sangat baik. Saya yakin kami akan dapat mencapai matlamat dengan sepenuhnya dan memenuhi tanggungjawab kami. Saya dan pasukan saya gembira untuk melibatkan diri dalam kerjasama seperti ini.
"Pembabitan tentera Malaysia menyediakan aktiviti operasi yang seimbang dan penglibatan bersama komuniti dengan lebih rapat," katanya.
Misi MALBATT antara lain adalah memantau gencatan senjata, membantu Angkatan Tentera Lubnan dalam pelaksanaan kuasa di dalam wilayahnya di samping meningkatkan hubungan dengan penduduk tempatan dan pihak berkuasa bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kebebasan bergerak dalam kawasan tanggungjawab. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2016
Anggota Angkatan Tentera Malaysia bergerak menuju ke kapal terbang semasa Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-4 ke Lebanon, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia pada 7 September. - Gambar Bernama
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya akan memanggil warga emas yang berusia 70 tahun itu untuk siasatan lanjut.
Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri, tiga pengarah bebas
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
AWANI Ringkas: Ahli Parlimen Pendang digantung tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Ibu tunggal terima 20 jahitan, rumah dihempap pokok kekabu
Seorang ibu tunggal menerima 20 jahitan pada bahagian kepala dan telinga selepas rumahnya dihempap pokok kekabu akibat ribut di Kampung Bedal Hilir di sini pada Ahad.
Kerana kelapa, dua lelaki dipenjara 2 minggu
Dua lelaki dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Isnin atas pertuduhan gagal memberi penjelasan berhubung pemilikan 40 biji kelapa, minggu lalu.
Penempatan anggota tentera dibuat ikut keperluan, bukan untuk raih undi
Mohd Johari menempelak Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang mendakwa kononnya pembinaan kem tentera di kawasan tertentu di Johor bertujuan politik.
MALBATT wujudkan keseimbangan hubungan komuniti dan operasi misi keamanan
Peranan pasukan Pengaman Malaysiabukan sahaja diperlukan komuniti dan masyarakat Lubnan di sini malah penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam operasi Pasukan InteriM PBB di Lubnan.