KUALA LUMPUR: Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung beberapa kelemahan perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban terhadap laporan itu.
Ahli Institut Integriti Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menerusi kenyataan hari ini berkata pihak berkenaan perlu mengambil iktibar daripada laporan terbabit terutamanya kelemahan berkaitan pelaksanaan projek dan program yang dilaksanakan.
"Laporan yang dibentangkan setiap tahun ini merupakan satu laporan yang penting kerana ia dapat mendedahkan secara terbuka mengenai pelbagai kelemahan mahupun ketirisan berkenaan pengurusan kewangan di pelbagai agensi kerajaan," katanya.
Beliau berkata terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan program, projek dan aktiviti yang disebabkan oleh kurangnya pemantauan, penyeliaan dan tidak ada penyelarasan yang baik.
Justeru, katanya perkara ini mengundang terhadap kegagalan projek untuk disiapkan mengikut aspek yang ditetapkan di samping mewujudkan peningkatan kos, sekali gus mengakibatkan pembaziran perbelanjaan.
Lee berkata laporan itu perlu dibahas sebaiknya di Parlimen oleh setiap wakil rakyat kerana perlu wujud tanggungjawab dalam diri mereka untuk memastikan wang yang dibelanjakan oleh kerajaan digunakan tanpa ada salah guna kuasa, isu rasuah, mahupun penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan.
Beliau berkata laporan berkenaan mendedahkan bahawa terdapat banyak lagi kelemahan dalam tadbir urus kewangan yang melibatkan kementerian, jabatan dan agensi atau perbadanan yang mendapat dana daripada kerajaan.
LKAN itu katanya, memainkan peranan penting dalam isu ketirisan, kelemahan atau salah guna wang yang dapat didedahkan kepada orang awam, sekali gus menjadikan masyarakat sedar tentang bagaimana pengurusan tatakelola badan kerajaan ini dalam menguruskan perihal perbelanjaan.
Lee berkata saban tahun, teguran dan cadangan penambahbaikan dibuat oleh Ketua Audit Negara tetapi dukacitanya masalah yang sama tetap timbul.
"Maka, kita perlu berharap agar masalah yang didedahkan ini akan diambil pendekatan yang tepat dan tidak lagi berulang pada tahun hadapan. Untuk itu, iltizam politik perlu wujud bagi membolehkan tiada lagi ketirisan yang tidak perlu berlaku dalam tatakelola tadbir urus kerajaan," katanya.
Beliau berkata kerugian berkenaan boleh menyebabkan negara mengalami pembaziran sehingga mencapai jumlah berbilion ringgit dihabiskan dengan perkara mengenai ketirisan wang, dan masalah integriti serta rasuah perlu ditangani segera oleh kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Lee berkata pihak berkenaan perlu mengambil iktibar daripada laporan terbabit terutamanya kelemahan berkaitan pelaksanaan projek dan program yang dilaksanakan. - Foto Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.

JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.

Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
![[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi [KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727275463_Penipuankontrak.jpg)
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.

KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.

'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.